Anda di sini

Emart anjur Pameran Produk Sarawak 11-22 Julai

Advertisement
 Swaiv Band akan membuat persembahan pada pratonton KWJF di Emart Batu Kawa dan Emart Matang pada 13 dan 14 Julai ini.
PRATONTON: Swaiv Band akan membuat persembahan pada pratonton KWJF di Emart Batu Kawa dan Emart Matang pada 13 dan 14 Julai ini.
 Antara produk dan barangan Sarawak yang dipromosikan pada Pameran Produk Sarawak sempena sambutan Hari Sarawak bermula 11 hingga 22 Julai di empat premis Emart di Kuching dan Miri.
PRODUK NEGERI: Antara produk dan barangan Sarawak yang dipromosikan pada Pameran Produk Sarawak sempena sambutan Hari Sarawak bermula 11 hingga 22 Julai di empat premis Emart di Kuching dan Miri.

KUCHING: Sempena sambutan Hari Sarawak pada 22 Julai, Pasar raya Emart sekali lagi akan menganjurkan Pameran Produk Sarawak bermula 11 hingga 22 Julai di empat lokasi utama Emart di Kuching dan Miri.

Tujuan pameran produk ini ialah untuk mempromosikan barangan dan jenama Sarawak dan menyediakan platform kepada usahawan tempatan untuk pendedahan yang lebih luas.

Produk dan barangan yang dijual meliputi pelbagai jenis dari kraf tangan dan aksesori Iban, Bidayuh seperti Pua Kumbu, Ngepan Iban termasuk makanan dan minuman serta produk kecantikan.

Selain itu ada juga bengkel khas mengenai teknik membuat sabun dan kraf tangan tempatan yang akan diadakan pada 13, 14, 20 dan 21 Julai di Emart Batu Kawa, Matang, Tudan dan Riam.

Yuran untuk setiap bengkel ialah RM150 kecuali bengkel membuat tanggu moden yang dikenakan bayaran RM100.

Untuk maklumat lanjut mengenai bengkel sila hubungi penganjur bengkel Louis Wesley di talian 019-2344562.

Selepas Pameran Produk Sarawak, Emart akan bekerjasama dengan Konsulat Jenderal Indonesia di Kuching menganjurkan Pameran Produk Indonesia pada 26 hingga 28 Julai di Emart Batu Kawa.

Selain itu, pada bulan Ogos pula akan menyaksikan Pameran Bayi di Emart pada 23 Ogos dan 1 September eksklusif untuk ibu bapa dan bakal ibu bapa.

Pelbagai promosi disediakan dari produk susu bayi kepada produk keperluan bayi semasa acara tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Emart Batu Kawa (Christy: 0138379063), Emart Matang (Edward: 0138379258), Emart Riam (Stephanie: 0138379638) dan Emart Tudan (Daisy: 0138399675).

Tahun ini, Emart akan bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) dengan membawa pratonton Festival Waterfront Jazz Kuching (KWJF) yang akan diadakan pada 27 dan 28 September di Waterfront Walkaway, Grand Margherita.

Bermula dengan hanya 1,400 pengunjung festival pada tahun pertama penganjurannya, KWJF telah meningkat kepada 3,800 pengunjung tahun lepas dan tahun ini KWJF berharap untuk melihat lebih ramai peserta persembahan.

Pratonton KWJF akan diadakan pada 13 Julai ini bermula jam 6.00 petang hingga 6.45 petang di Emart Batu Kawa dan pada 14 Julai pada waktu yang sama di Emart Matang.

Advertisement