Anda di sini

Angka kematian dalam nahas kereta api di tengah Pakistan meningkat kepada 23

Advertisement
 Penduduk setempat berhimpun sekitar bangkai gerabak di tapak di mana dua kereta api berlanggar di daerah                         Rahim Yar Khan di wilayah Punjab, Pakistan kelmarin. — Gambar AFP
BERKECAI: Penduduk setempat berhimpun sekitar bangkai gerabak di tapak di mana dua kereta api berlanggar di daerah Rahim Yar Khan di wilayah Punjab, Pakistan kelmarin. — Gambar AFP

ISLAMABAD: Angka kematian akibat pertembungan dua kereta api di tengah Pakistan meningkat kepada 23 orang semalam selepas beberapa lagi meninggal dunia akibat kecederaan mereka semalaman, kata pihak berkuasa.

Insiden itu berlaku kelmarin di daerah Rahim Yar Khan di wilayah Punjab apabila sebuah kereta api penumpang yang muncul dari bandar timur di Lahore me-rempuh ke arah sebuah kereta api kargo yang berhenti di satu persimpangan.

Kemalangan itu melihat gerabak terbaring di tepi dan meninggalkan serpihan di bahagian tepi-tepi landasan semasa anggota penyelamat menggunakan beberapa kren bagi membolehkan ia untuk mengangkat sebahagian daripada bangkai gerabak.

“Berdasarkan perkemba-ngan terbaharu yang kami perolehi, angka kematian meningkat kepada 23 orang semalaman selepas ramai lagi meninggal dunia akibat kece-deraan mereka di beberapa hospital berlainan,” seorang pegawai kanan Pakistan Railways memberitahu AFP.

Beliau berkata seramai 73 mangsa cedera masih me-nerima rawatan.

Seorang lagi pegawai kanan perkhidmatan kereta api me-ngesahkan angka tersebut dan menyatakan, “anggota penyelamat telah mengeluarkan semua mangsa yang meninggal dunia dan mereka yang tercedera dari bawah bangkai kereta api tersebut.”

“Kami kini memberikan tumpuan untuk segera membersihkan landasan itu,” kata-nya, sambil menambah satu siasatan telah diarahkan.

Perdana Menteri Imran Khan telah meminta menteri perkhidmatan kereta api agar mengambil langkah-langkah kecemasan bagi menangani pengabaian selama beberapa dekad terhadap infrastruktur perkhidmatan kereta api serta memastikan standard kese-lamatan telah dipenuhi.

Tragedi seumpamanya adalah biasa di Pakistan, di mana perkhidmatan kereta api melihat kemerosotan sejak beberapa dekad disebabkan oleh kegiatan rasuah, pengurusan yang kurang memuaskan dan kekurangan pelaburan. — AFP

Advertisement