Anda di sini

Puting beliung, ribut hujan batu bunuh enam pelancong di Greece

Advertisement
 Kerosakan dilihat di pantai berdekatan sebuah hotel di Porto Carras, Halkidiki selepas puting beliung dan ribut hujan batu melanda di utara Greece lewat kelmarin. — Gambar Reuters
ROSAK: Kerosakan dilihat di pantai berdekatan sebuah hotel di Porto Carras, Halkidiki selepas puting beliung dan ribut hujan batu melanda di utara Greece lewat kelmarin. — Gambar Reuters

THESSALONIKI: Puting beliung dan ribut hujan batu yang ganas membunuh enam pelancong di utara Greece lewat kelmarin.

Puluhan lagi cedera apabila ribut kuat melanda wilayah Halkidiki, berhampiran kota Thessaloniki, kata pihak berkuasa.

Rakaman televisyen menunjukkan kereta terbalik, pokok tumbang, bumbung robek dan banjir lumpur.

“Enam pelancong maut dan sekurang-kurangnya 30 cedera dalam siklon ini,” kata Charalambos Steriadis selaku ketua perlindungan awam di utara Greece.

Hujan ribut yang aneh itu hanya berlaku kira-kira selama 20 minit, menurut saksi yang ditemu ramah oleh televisyen kerajaan ERT.

Sepasang suami isteri Czech terkorban apabila ribut kuat meniup karavan mereka manakala seorang lelaki Rusia dan anak lelakinya maut ditimpa pokok tumbang, kata polis.

Puing daripada sebuah bangunan membunuh seorang wanita dari Romania dan anaknya.

Menurut polis pelabuhan, seorang nelayan dalam lingkungan usia 60-an juga hilang.

“Ia merupakan satu feno-mena yang luar biasa, ribut yang sangat kuat, puting beliung dan ribut hujan batu yang ganas,” kata Steriadis, yang menambah Halkidiki sudah mengisytiharkan ke-adaan darurat.

Sekurang-kurangnya 140 penyelamat terlibat dalam operasi itu, kata ketua kecemasan Vassilis Varthako-yannis.

Menteri bagi perlindu-ngan warga negara, Michalis Chryssohoidis, melawat tempat kejadian pagi semalam.

Ribut petir itu berlaku selepas suhu di Greece melonjak kepada 37 darjah Celsius sejak dua hari lalu. — AFP

Advertisement