Anda di sini

PPM tahan enam nelayan, catat rampasan lebih RM200 ribu

Advertisement
BEKALAN minyak diesel dan petrol yang dirampas dari bot nelayan.
BEKALAN minyak diesel dan petrol yang dirampas dari bot nelayan.

KUDAT: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan enam individu yang menaiki tiga bot nelayan pada hari kedua operasi bersepadu bersama Jabatan Perikanan di perairan Batu Mandi Sikuati dan Simpang Mangayau di sini.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohammad Pajeri Ali berkata, operasi dilaksanakan sepasukan anggota dari Unit Risikan Marin (URM) menaiki botronda RH60.

“Kita menahan tiga bot nelayan yang keseluruhannya dinaiki enam krew yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri sah.

“Hasil pemeriksaan lanjut berjaya merampas 850 minyak diesel, 180 liter minyak petrol serta wang tunai asing berjumlah 657,500 Peso dipercayai untuk dibawa ke Filipina,” katanya.

Menurutnya, satu lagi tangkapan membabitkan bot nelayan dari Kota Kinabalu yang menjalankan aktiviti di luar kawasan.

“Kita mencatatkan jumlah bagi kesemua kompaun dan rampasan bagi kelima-lima kes adalah berjumlah RM251,175.57.

“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi bekalan minyak yang dibawa tanpa kebenaran dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 bagi nelayan yang tidak mempunyai dokumen.

“Bot nelayan yang melanggar syarat sah lesen pula akan disiasat mengikut Seksyen 8(2) Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002,” katanya.

NELAYAN warga asing yang ditahan dalam Ops Bersepadu di sini.
NELAYAN warga asing yang ditahan dalam Ops Bersepadu di sini.

Dalam pada itu Pajeri berkata, tiada ikan yang ditangkap menggunakan bom ikan dikesan sepanjang operasi pemeriksaan yang dijalankan di pasar ikan di sini serta bekalan ikan yang baharu tiba di Terminal Feri Kudat-Banggi.

  • oleh
  • Advertisement