Anda di sini

Pikap dilarikan di depan mata

Advertisement
 

SIBU: Seorang ahli perniagaan mungkin menyesali kelalaiannya tidak mematikan enjin kereta ketika mengisi minyak sehingga menyebabkan dicuri didepan mata.

Lebih menyedihkan apabila dia cedera ketika cuba mengejar pencuri pikapnya dalam satu insiden pukul 7.45 malam Khamis di stesen minyak di Jalan Lanang, di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata lelaki berusia 42 tahun itu pergi ke kaunter bayaran setelah selesai mengisi minyak.

"Tiba-tiba mangsa mendapati kereta beliau bergerak dan cuba mengejar sehingga ke simpang jalan keluar dari stesen itu namun dia diheret hingga terjatuh," katanya ketika dihubungi.

Mangsa katanya mengalami pendarahan dalaman di bahagian kiri kepala dan akan dipindahkan ke Hospital Sibu.

Polis berusaha menjejaki pencuri tersebut.

"Pihak kami juga telah memaklumkan ibu pejabat polis daerah berdekatan untuk turut membantu mengesan kenderaan," katanya.

  • oleh
  • Advertisement