Anda di sini

PGA rampas kereta, 7,860 rokok seludup

Advertisement
KESEMUA rokok dan kereta yang dirampas dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut.
KESEMUA rokok dan kereta yang dirampas dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut.

TAWAU: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 7,860 bungkus rokok seludup dari sebuah kereta yang ditinggalkan di tepi jalan Batu 2 Kg Murut Kalabakan di sini, kira-kira jam 4.30 pagi Khamis.

Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau Supt Mustapa Othman berkata nilai keseluruhan rampasan termasuk kereta dianggarkan berjumlah lebih RM50,000.

“Kesemua rokok itu dikesan disembunyikan ke dalam 27 bungkus plastik hitam yang ditemukan di dalam kereta terbabit,” katanya di sini kepada media pada petang Khamis.

Beliau berkata rokok-rokok yang dirampas melibatkan 174 pek (1,740 bungkus) jenama Astro, 120 pek (1,200 bungkus) Menara Dunia dan 98 pek (980 bungkus) Premiro.

Turut dirampas, 79 pek (790 bungkus) Fit MILD Menthol, 157 pek (1,570 bungkus) Surya Menthol Slim, 156 pek (1,560 bungkus) Djarum Black dan 20 bungkus Tembakau Salak.

“Kesemua rokok itu dikesan disembunyikan ke dalam 27 bungkus plastik hitam dan berjaya ditemukan hasil daripada pemeriksaan di kereta terbabit oleh pasukan kita.

“Kehadiran kereta itu pada mulanya disedari pasukan yang menjalankan penugasan Strike Force RCP Kompeni B Batalion 14 PGA Tawau diketuai Insp Karmjit Singh Arter Singh.

“Memandangkan kereta terbabit dipecut laju dan berada dalam keadaan mencurigakan, pasukan kita mengekorinya sehinggalah kenderaan itu diparkir di tepi jalan,” katanya.

Mustapa berkata pasukannya cuba mencari pemandu kenderaan itu tetapi suspek dipercayai melarikan selepas menyedari keretanya diekori dari belakang.

Menurutnya, rampasan di dalam kes itu dijalankan oleh pasukannya mengikut Seksyen 135 (1) (E) Akta Kastam 1967 dan dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut.

  • oleh
  • Advertisement