Anda di sini

Perfect Livin’ 19 menjanjikan banyak tawaran dan diskaun hebat

Advertisement
 Pelanggan mendapatkan info daripada jurujual mengenai produk keluarannya yang dipamer dan dijual di Perfect Livin’ 19.
INGIN TAHU: Pelanggan mendapatkan info daripada jurujual mengenai produk keluarannya yang dipamer dan dijual di Perfect Livin’ 19.

KUCHING: Pusingan kedua ekspo kediaman tahun ini, Perfect Livin’ 19, di sini menjanjikan banyak tawaran dan diskaun hebat untuk pelbagai jenis perkakasan, perabot, alat elektrik dan sebagainya berjenama terkenal di bawah satu bumbung.

Ketua Acara Pemasaran dan Jualan i.star ideas factory Sdn Bhd Janice Yam berkata, kali ini lebih 300 barangan pelbagai jenama terbaik akan dipamer dan dijual sepanjang empat hari ekspo berlangsung iaitu 11 hingga 14 Julai 2019 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

“Beberapa jenama baharu antaranya LG, Joven, Sovn dan M Marble dipamerkan termasuk 300 lagi jenama lain yang terkenal.

“Kali ini juga terdapat 300 reruai dibuka melibatkan lebih 150 pempamer atau syarikat,” katanya sambil menambah, pihaknya menyasar RM15 juta hingga RM20 juta hasil jualan pada Perfect livin’ 19,” katanya sambil menambah, ia jumlah yang berjaya dikutip pada penganjuran pusingan pertama April lalu.

Beliau berkata demikian pada sidang media di BCCK di sini, semalam.

Yam berkata selain dapat memberi barangan pilihan pada harga lebih murah, pengguna berpeluang memenangi baucar tunai dengan setiap pembelian minimum RM1,000.

Bukan itu sahaja katanya, dengan setiap pembelian bermula RM500 pelanggan akan dapat menebus hadiah istimewa seperti bekas salad dengan pek ais bagi pembelian RM500, ‘dry bag’ 5L bagi pembelian RM3,000 dan ke atas dan seunit kaserol 20cm bagi pembelian RM5,000 dan ke atas dan banyak lagi.

Tambahnya, kali ini pelanggan boleh melakukan pembayaran dalam talian menerusi FAVE Pay.

“Kita juga menyediakan hadiah kepada 500 pelanggan pertama sebuah ‘dry bag’ 2 L. Pelanggan juga berpeluang memenangi ‘Robam Cooker Hob’ ditaja Standard Kitchen dengan setiap pembelian minimum RM1,000.

“Seperti penganjuran sebelum ini, penganjur akan mengadakan peraduan mewarna pada Sabtu dan Ahad (13 dan 14 Julai 2019) di Meeting Room 5,” katanya.

Advertisement