Anda di sini

Pelaksanaan bayar parkir kereta di Sandakan perlu dikuatkuasa

Advertisement
SAPARI IDAL
SAPARI IDAL

KOTA KINABALU: Pelaksanan  sistem bayaran parkir atau letak kereta di Sandakan perlu dikuatkuasakan untuk menjana pendapatan majlis sambil mengurangkan kadar pengangguran di kalangan belia dan beliawanis, kata Pengerusi Cawangan Warisan Segaliud, Sapari Idal.

Beliau yang juga mantan Ahli Majis Perbandaran Sandakan (MPS) menyatakan rasa terkejut dengan tindakan pihak tertentu menolak keputusan MPS untuk melaksanakan bayaran letak kereta.

Sapari juga membidas ADUN Elopura, Calvin Chong yang menyatakan bahawa pelaksanan  sistem bayaran parkir itu membebankan raktyat.

“Soal YB tidak dipanggil mesyuarat itu tidak penting kerana YB ada wakil sebagai Ahli Majlis dilantik secara automatik mereka mewakili YB,” kata Sapari.

Sebelum ini, pada tahun 2007, Ahli Majlis MPS meluluskan pelaksanaan sistem bayaran letak kereta di 11 bandar satelit di Sandakan.

Bagaimanapun, keputusan itu turut dibantah beberapa mantan wakil rakyat BN kerana bimbang rakyat tidak mengundi mereka pada ketika itu, tetapi `akhirnya BN kalah juga' katanya.

Sapari berkata, pelaksanaan sistem bayaran letak kereta akan mengurangkan  gejala  parkir berganda berbanding parkir percuma.

Katanya bayaran yang dikenakan pun sangat bepatutan iaitu cuma 0.25 sen sahaja bagi satu jam pertama.

Beliau juga menggesa agar elit politik tidak mencampuri keputusan MPS agar mereka dapat memberikan khidmat lebih baik kepada masyarakat.

  • oleh
  • Advertisement