Anda di sini

MRSM KK juara keseluruhan Kejohanan Super 7 Sabah

Advertisement
KONTINJEN MRSM Kota Kinabalu muncul juara keseluruhan Kejohanan Super 7 Sabah 2019 di MRSM Sandakan.
KONTINJEN MRSM Kota Kinabalu muncul juara keseluruhan Kejohanan Super 7 Sabah 2019 di MRSM Sandakan.

SANDAKAN: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu telah menghantar kontinjen ke MRSM Tun Fuad Stephen, Sandakan untuk menyertai Kejohanan Super 7 Sabah, baru-baru ini.

MRSM Kota Kinabalu yang diketuai oleh Ghani Maruji dan beberapa orang guru pengiring merangkap jurulatih iaitu Ronnie Sinin, Raindy Anduroh, Nik Farahin, Syukree Syah dan Datu Dickwill berjaya memenangi 6 pingat emas dan 1 perak daripada lapan acara yang dipertandingkan.

Pingat emas yang dimenangi ialah melalui acara bola sepak 9 sebelah, futsal perempuan, bola tampar lelaki dan perempuan, badminton serta tenis berpasukan.

Pencapaian tersebut merupakan suatu kejayaan yang amat membanggakan bagi kontinjen MRSM Kota Kinabalu apabila menjadi johan keseluruhan pada kejohanan tersebut.

Tempat kedua dimenangi oleh kontinjen tuan rumah iaitu MRSM TMFS Sandakan dan tempat ketiga MRSM Semporna sementara MRSM Tawau menduduki tempat keempat.

MRSM Kota Kinabalu yang diketuai oleh ID Mohd Akmal sebagai ketua pasukan berkata, dia dan rakan sepasukan amat berpuas hati dengan semangat dan kerjasama yang dipamerkan oleh diri mereka sendiri.

“Kekuatan mental dan persiapan latihan yang mantap adalah kunci utama kejayaan kami pada hari tersebut,” katanya.

Ketua kontinjen MRSM Kota Kinabalu, Ghani Maruji turut memuji usaha dan komitmen para pemain pasukan MRSM Kota Kinabalu yang telah menunjukkan tahap disiplin dan semangat juang yang tinggi sehingga berjaya muncul juara keseluruahan kejohanan itu.

Beliau juga turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak tuan rumah (MRSM Sandakan) kerana menyediakan prasarana yang cukup untuk melaksanakan kejohanan tersebut.

Pengetua MRSM Sandakan, Mohd Rizalmi Dahaman merasmikan penutupan kejohanan itu dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Sementara itu, Pengetua MRSM Kota Kinabalu Gilbert Wong Kia Kiat merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan maktab yang terlibat dalam mempersiapkan kontinjen MRSM Kota Kinabalu untuk menghadapi kejohanan itu.

“Saya percaya, sukan merupakan satu aktiviti yang paling berkesan dan berpotensi untuk menolong seseorang itu agar memperolehi keseronokan dan kepuasan dalam hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada majlis perhimpunan warga MRSM Kota Kinabalu bagi menyampaikan penghargaan dan ucapan tahniah atas cemerlang kontinjen MSRM Kota Kinabalu melakar kejayaan muncul juara keseluruhan pada kejohanan itu.

Advertisement