Anda di sini

Kunjungi gerai pameran See Hua Marketing di BCCK

Advertisement
 Kakitangan See Hua Marketing, Eileen dan Teo (kanan) mempromosikan pakej langganan akhbar Kumpulan See Hua pada Ekspo ‘Perfect Livin Home’ di BCCK.
PROMOSI: Kakitangan See Hua Marketing, Eileen dan Teo (kanan) mempromosikan pakej langganan akhbar Kumpulan See Hua pada Ekspo ‘Perfect Livin Home’ di BCCK.

KUCHING: See Hua Marketing Sdn Bhd mengajak orang ramai untuk mengunjungi gerai pameran yang dibuka di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini sempena Ekspo ‘Perfect Livin Home’ bermula 11 hingga 14 Julai ini.

Menurut jurucakap See Hua Marketing Sdn Bhd, syarikat mempromosikan langganan pakej akhbar elektronik bagi tiga akhbar di bawah Kumpulan See Hua iaitu See Hua Daily News, The Borneo Post dan Utusan Borneo.

Pelanggan katanya boleh melanggan mana-mana satu daripada tiga akhbar di atas dengan yuran langganan RM38 setahun atau RM70 untuk tempoh dua tahun dan RM100 untuk tempoh tiga tahun.

Selain itu katanya, pelanggan boleh membuat langganan ke atas mana-mana dua akhbar di atas dengan yuran RM50 setahun atau mana-mana tiga dengan yuran RM60 setahun.

Gerai pameran See Hua Marketing Sdn Bhd bernombor 814 dan dibuka selama sepanjang empat hari berlangsungnya ekspo tersebut dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.Untuk melanggan atau pertanyaan sila hubungi See Hua Marketing Sdn Bhd menerusi talian 082-330505 pada Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum) dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang.

Dalam pada itu Ekspo Perfect Livin Home merupakan pameran perkakasan elektrikal, gaya serta penyelesaian dalaman serta keperluan kediaman terbesar di bawah satu bumbung.

Pelbagai syarikat menyertai pameran ini terdiri daripada syarikat perkakasan elektrikal kediaman, dapur, perabot, tilam, keperluan bilik air termasuk produk kecantikan, gaya hidup dan lain-lain.

Pengunjung bertuah juga berpeluang memenangi hadiah bertuah bernilai lebih RM100,000 dengan hanya berbelanja minimum RM1,000 untuk layak cabutan.

Dapatkan juga beg kalis air edisi terhad untuk 500 pengunjung terawal setiap hari sementara stok masih ada.

Bagi pengunjung kanak-kanak pula, jangan lepaskan peluang sertai peraduan mewarna pada Sabtu dan Ahad dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang di Bilik Mesyuarat 5, BCCK.

  • oleh
  • Advertisement