Anda di sini

KTS Trading teruskan siri jerayawara pelancaran kompresor piston besi tuang siri Atlas Copco ATB

Advertisement
 Michael (lapan kiri) ditemani Tang menyempurnakan simbolik pelancaran kompresor piston besi tuang siri Atlas Copco ATB pada siri jerayawara di Kuching semalam.
BAHARU: Michael (lapan kiri) ditemani Tang menyempurnakan simbolik pelancaran kompresor piston besi tuang siri Atlas Copco ATB pada siri jerayawara di Kuching semalam.

KUCHING: KTS Trading Sdn Bhd meneruskan siri jerayawara pelancaran kompresor piston besi tuang siri Atlas Copco ATB baharu di Kuching.

Siri jerayawara pelancaran kompresor piston besi tuang siri Atlas Copco ATB baharu itu diadakan di tujuh bandar besar di Timur Malaysia sepanjang Julai ini.

Menurut Pengurus Jualan Michael Ting Sie Mee, jerayawara pertama telah diadakan di bandar Sibu diikuti Miri, Bintulu dan semalam di Kuching yang mana kompresor piston diperkenal dan dipamerkan kepada pelanggan yang dijemput ke premis-premis cawangan syarikat tersebut.

“Selepas Sarawak kita akan mengadakan pelancaran kompresor piston besi tuang siri Atlas Copco ATB baharu di Sabah iaitu, Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu pada minggu hadapan,” katanya ketika ditemui di KTS Trading, Jalan Chan Chin Ann di sini semalam.

Hadir sama pada majlis pelancaran kompresor piston besi tuang siri Atlas Copco ATB baharu itu, Pengurus KTS Trading Tang Lee Woo, Eksekutif Produk Chong Wei Hin dan tetamu lain.

Kompresor piston terbaharu ini dilengkapi dengan pelbagai ciri yang kuat didatangkan dengan kecekapan tinggi mematuhi MEPS, motor IP55.

Injap keluli tahan karat dan plat injap digunakan untuk meminimumkan kehilangan tenaga.

Suis tekanan condor kualiti premium memastikan kawalan kualiti udara yang sempurna.

Terdapat enam model terbaharu ATB-range antara 2 kuasa kuda(hp) hingga 15hp dengan kapasiti tangki penerima udara dari 100 liter hingga 500 liter.

Kesemua tangki penerima udara didatangkan dengan kelulusan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP atau DOSH).

Produk ini didatangkan dengan tempoh satu tahun waranti.

Pelanggan diberi jaminan mengenai kualiti Atlas Copco sebagai kompresor terkenal dunia.

Mereka yang berminat untuk mendapat keterangan lebih lanjut mengenai produk ini hubungi Chong di talian 016-8705730 atau pejabat 082-245245.

Advertisement