Anda di sini

E-hailing tidak dibenar tunggu penumpang di LTAKK berkuatkuasa 12 Julai

NORAZIAH (tiga dari kiri), Sadim (empat dari kiri ), Sunif (kiri) dan Shamsudin (tengah) pada sidang media yang diadakan di LTAKK 1 pada Jumaat.
NORAZIAH (tiga dari kiri), Sadim (empat dari kiri ), Sunif (kiri) dan Shamsudin (tengah) pada sidang media yang diadakan di LTAKK 1 pada Jumaat.

KOTA KINABALU: Perkhidmatan e-hailing tidak lagi dibenarkan menunggu penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) berkuatkuasa pada Jumaat (12 Julai), kata Pengurus Kanan Lapangan Terbang Malaysia Airports, Sunif Saiman.

Sunif berkata, perjanjian itu dibuat selepas mesyuarat di sini antara Malaysia Airports, Lembaga Pelesenan Kenderaan Komersil (LPKP), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Persatuan Teksi Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) bersempena dengan pelaksanaan `geo fencing'.

Beliau menambah, kawasan menunggu khas telah ditetapkan untuk pemandu e-hailing di Terminal 2 LTAKK, dan perkhidmatan e-hailing yang berdaftar dengan LPKP boleh mengambil penumpang di hadapan kawasan ketibaan domestik LTAKK Sabah berhampiran pintu gerbang nombor 5 dan melakukan penurunan penumpang di hujung terminal di aras keberangkatan lapangan terbang.

"Setibanya (pemandu) di lapangan terbang, semua mereka mahu menurunkan penumpang mereka di gerbang pintu masuk. Ini telah menimbulkan aliran kesesakan," katanya pada sidang media, yang turut dihadiri oleh penolong pengarah LPKP Sabah Noraziah Aslan, selepas mesyuarat di LTAKK 1 di sini pada Jumaat.    

Sambil memberitahu jarak antara LTAKK1 dengan LTAKK2 adalah sekitar 6km melalui jalan raya, Sunif  mengingatkan pemandu untuk memaparkan pelekat e-hailing apabila beroperasi di lapangan terbang antarabangsa di sini.
    
Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah Sadim Abdul, jabatan itu akan memastikan bahawa hanya syarikat e-hailing yang berdaftar LPKP, Grab, Borride dan MyCar, akan dan dibenarkan beroperasi di LTAKK1.
    
"Dari segi penguatkuasaan, hanya ketiga-tiga mereka dibenarkan beroperasi, mengambil dan menurun penumpang di kawasan lapangan terbang, "katanya, sambil menambah terdapat 1,278 pemandu e-hailing yang telah lulus lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) di Sabah.
    
Bagaimanapun, beliau memberi amaran kepada pemandu yang didapati menunggu penumpang di lapangan terbang oleh salah seorang daripada 60 orang penguatkuasa JPJ di kawasan Kota Kinabalu akan menghadapi kompoun yang bermula kira-kira RM150 dan naik sehingga maksimum RM300.
    
Pemandu mesti memaparkan pelekat e-hailing, tidak terhad kepada LTAKK sahaja, akan melanggar Peraturan Kenderaan Awam (Pelesenan dan Kelakuan Pemandu, Pengawal dan Penumpang) 1959.

Pesalah pertama kali dibawa ke mahkamah akan dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan, manakala sabitan berulang kali akan dikenakan denda sehingga RM4,000 atau penjara maksimum 12 bulan, atau kedua-duanya.