Anda di sini

Chalet di Taman Negara Similajau terbakar

Advertisement
 

BINTULU: Sebuah chalet di Taman Negara Similajau musnah dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 6:00 pagi hari ini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Mohamad Meramit dalam satu kenyataan berkata, sepasukan anggota bomba seramai tujuh orang dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kejadian bagi menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran. 

"Setelah sampai di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati api sedang marak memusnahkan struktur bangunan jenis separuh kekal itu di mana pasukan kita menggunakan satu aliran air bagi memadam serta mengawal kebakaran," ujarnya. 

Katanya, pihak bomba mengambil masa hampir setengah jam bagi memadam kebakaran. Api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 6.35 pagi. 

Mujurlah katanya, semasa kebakaran, chalet terbabit kosong dan tidak berpenghuni. 

Menurut Meramit, pihak pengurusan chalet mengesahkan chalet terbabit kali terakhir disewakan kepada orang ramai pada 30 Jun lalu. 

Beliau sebagai menambah siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengetahui anggaran kerugian serta punca yang menyebabkan berlakunya kebakaran. 
 

  • oleh
  • Advertisement