Anda di sini

22 individu termasuk enam kanak-kanak ditahan dalam Op PTI Bersepadu

Advertisement
PEMERIKSAAN dokumen pengenalan diri terhadap individu di tapak pembinaan.
PEMERIKSAAN dokumen pengenalan diri terhadap individu di tapak pembinaan.

KOTA KINABALU: Seramai 22 individu termasuk enam kanak-kanak berjaya ditahan dalam satu operasi bersepadu (Op PTI Bersepadu) di lima lokasi sekitar sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, operasi dijalankan bermula jam 3 petang sehingga 9.30 malam.

Katanya, operasi dijalankan di lima kawasan sekitar sini termasuk Manggatal, Inanam, Luyang, dan sekitar bandaraya di sini selama enam jam.

“Hasil operasi memeriksa keseluruhan 76 individu dan 22 daripada mereka termasuk 12 lelaki dan empat wanita serta enam kanak-kanak ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri sah.

SEBAHAGIAN PTI yang ditahan dalam operasi selama enam jam.
SEBAHAGIAN PTI yang ditahan dalam operasi selama enam jam.

“Kesemua tangkapan berumur 13 hingga 67 tahun termasuk 18 warga Filipina dan empat Indonesia disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Tambahnya, operasi akan dijalankan secara berterusan pada masa akan datang dan orang ramai yang mempunyai maklumat silalah menghubungi pihak polis untuk bersama-sama membanteras jenayah setempat.

  • oleh
  • Advertisement