Anda di sini

Tiga lagi remaja direman bantu siasatan kes bunuh pelajar di Taiping

Advertisement
 Tiga remaja, termasuk seorang lelaki, direman enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward 7, Jumaat lepas. — Gambar Bernama
DIREMAN: Tiga remaja, termasuk seorang lelaki, direman enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward 7, Jumaat lepas. — Gambar Bernama

TAIPING: Tiga remaja, termasuk seorang perempuan, direman enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward 7, Jumaat lepas.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret, Nurul Hidayah Ismail untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketiga-tiga remaja berumur 15 hingga 16 tahun itu tiba di mahkamah pada jam 8.30 pagi dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Taiping di sini selepas ditahan berasingan di sekitar Kamunting, kelmarin.

Isnin lepas, seorang remaja perempuan berumur 14 tahun, yang merupakan adik mangsa dan teman lelakinya berusia 15 tahun direman enam hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan pelajar itu.

Ahad lepas, mayat S. Sritharan, 16, ditemui di belakang sebuah rumah kosong dekat rumah mangsa di Taman Glenview, Kamunting kira-kira jam 12.18 tengah hari. — Bernama

Advertisement