Anda di sini

Talib sentiasa turun padang penuhi undangan

Advertisement
 Talib (tujuh kanan) merakam gambar kenangan bersama ketua-ketua masyarakat, tetamu dan penduduk Kampung Sebiew di Majlis Belanggar Qapong Sebezaw.
UNTUK ALBUM: Talib (tujuh kanan) merakam gambar kenangan bersama ketua-ketua masyarakat, tetamu dan penduduk Kampung Sebiew di Majlis Belanggar Qapong Sebezaw.

MENTERI di Jabatan Ketua Menteri(Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip tidak pernah gagal untuk memenuhi setiap undangan penduduk kampung terutama penduduk di kawasannya untuk hadir sama ada pada majlis ramah tamah Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai Dayak mahupun kenduri perkahwinan.

Sepanjang beberapa minggu lepas menyaksikan Talib memenuhi pelbagai acara yang begitu padat terutama dalam menyambut raya dan gawai bersama penduduk di samping merasmikan aktiviti penduduk kampung.

 Talib memotong kek sambutan Hari Raya bersama Timbalan Residen Bintulu Hussaini Hakim (kiri), Ketua Kaum Kampung Datuk Kederi Junaidi (lima kanan), Pegawai Khas Ahli Parlimen Bintulu Azman Abdul Rahman, Pemanca Awang Merais Awang Ismail, Penghulu Derahman Sisi (kanan) sambil disaksikan Pengerusi Serba Dinamik Abdul Kadier Sahib dan Penghulu Morshidi Tali.
SAMBUTAN BERSAMA: Talib memotong kek sambutan Hari Raya bersama Timbalan Residen Bintulu Hussaini Hakim (kiri), Ketua Kaum Kampung Datuk Kederi Junaidi (lima kanan), Pegawai Khas Ahli Parlimen Bintulu Azman Abdul Rahman, Pemanca Awang Merais Awang Ismail, Penghulu Derahman Sisi (kanan) sambil disaksikan Pengerusi Serba Dinamik Abdul Kadier Sahib dan Penghulu Morshidi Tali.

Talib turut ditemani oleh isterinya Datin Dr Zaliha Abdullah serta ahli rombongan lainnya.

Majlis-majlis raya yang dihadiri Talib antara lainnya ialah Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Agensi, Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO) dan Jawatankuasa Islam Bintulu, Majlis Belanggar Qapong Sebezaw, Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kampung Baru, merasmikan Pertandingan Futsal Tertutup Skuad PBB Junior 2019 di padang Futsal Kampung Baru, Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Masjid Assyakirin Bahagian Bintulu dan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Kampung Datuk.

Diikuti menghadiri kenduri kahwin, Majlis Ngiling Bidai dan Rumah Terbuka Gawai Rumah Buli Sungai Semanok Jalan Pesisir Kuala Tatau serta ngiling bidai anjuran pihak sekolah dan beberapa rumah panjang lain di kawasan DUN Jepak.

 Talib semasa merasmikan Pertandingan Futsal Tertutup Skuad PBB Junior bersalaman dengan kanak-kanak dan remaja yang menyertai pertandingan futsal tersebut.
TURUN PADANG: Talib semasa merasmikan Pertandingan Futsal Tertutup Skuad PBB Junior bersalaman dengan kanak-kanak dan remaja yang menyertai pertandingan futsal tersebut.
 Talib menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak di Majlis Belanggar Qapong Sebezaw.
SUMBANGAN: Talib menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak di Majlis Belanggar Qapong Sebezaw.

Selain menjamu pelbagai juadah yang disediakan oleh setiap penganjur, Talib juga tidak lupa menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak pada setiap majlis yang dihadirinya, bukan sahaja pada majlis sambutan raya bahkan untuk perayaan Gawai Dayak.

Ia antara sedekah amal jariah dan sumbangan beliau untuk menggembirakan anak-anak penduduk yang menyambut kedua-dua perayaan tersebut.

  • oleh
  • Advertisement