Anda di sini

Saya tak tahu Jerip keluar PSB - Abang Jo

Advertisement
ABANG JOHARI - Gambar fail 

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata beliau tidak maklum mengenai pengumuman Menteri Muda Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil keluar dari Parti Sarawak Bersatu (PSB).

"Tidak (tahu). Saya baharu mendengar (mengenai perkara itu)," katanya ketika ditemui di lobi Wisma Bapa Malaysia, sebentar tadi.

Diminta mengulas mengenai tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong itu, Abang Johari berkata keluar dari PSB adalah pilihan Dr Jerip.

Beliau juga berkata tidak tahu parti politik yang bakal disertai Dr Jerip selepas meninggalkan PSB.

"Tidak tahu. Biar saya mengkaji dahulu apa yang berlaku," ujarnya.

Advertisement