Anda di sini

Politeknik Mukah melangkah ke arah kampus tanpa tunai

Dullah (tiga kanan) ketika pelancaran Cashless @ Campus hari ini.


MUKAH: Politeknik Mukah memperkenalkan konsep transaksi tanpa tunai di kampus tersebut, bermula minggu ini

Menurut Pengarahnya Dullah Muluk koperasi kampus itu akan menjadi yang pertama berdaftar dengan aplikasi Boost iaitu aplikasi tanpa tunai dalam minggu ini.

"Ini kemudiannya akan diikuti oleh kafe, kantin dan kiosk di seluruh kampus PMU," katanya pada majlis pelancarkan Cashless @ Campus hari ini.

Sebagai salah satu institusi pengajian di Malaysia, Politeknik Mukah tidak mahu ketinggalan dalam menyahut cabaran kerajaan untuk bertukar dan menjadikan masyarakat tanpa wang tunai satu kenyataan kerana ia lebih mudah dan selamat.

Ia juga dikatakan bertepatan pada masa kerana kampus itu mendapat ketersambungan internet yang lebih baik daripada sebelum ini.

Beliau turut berharap warga Politeknik Mukah akan mendapat menfaat dan kebaikan melalui kaedah tanpa wang tunai berkenaan.

Difahamkan, kampus itu antara 12 politeknik di seluruh Malaysia yang turut terpilih menjalankan program Cashless @ Campus oleh pihak  Governan dan Kecemerlangan, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Bahagian Governan dan Kecemerlangan, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Roszita Shamsuddin.