Anda di sini

Pelancaran kompresor piston Atlas Copco ATB terbaharu di tujuh bandar Malaysia Timur

Advertisement
 Pengurusan dan kakitangan KTS Trading Sdn Bhd(Bintulu) dan para pelanggan merakam gambar bersama kompresor besi tuang siri Atlas Copco terbaharu di hadapan premis KTS di Bintulu.
TERBAHARU: Pengurusan dan kakitangan KTS Trading Sdn Bhd(Bintulu) dan para pelanggan merakam gambar bersama kompresor besi tuang siri Atlas Copco terbaharu di hadapan premis KTS di Bintulu.

BINTULU: KTS Trading Sdn Bhd melancarkan kompresor piston besi tuang siri Atlas Copco ATB terbaharu dengan siri jerayawaranya diadakan di tujuh bandar besar di Timur Malaysia sepanjang Julai ini.

Jerayawara pertama telah diadakan di bandar Sibu yang mana kompresor piston diperkenal dan dipamerkan kepada pelanggan yang dijemput ke premis-premis cawangan syarikat tersebut.

Kompresor piston terbaharu ini dilengkapi dengan pelbagai ciri yang kuat yang didatangkan dengan kecekapan tinggi yang mematuhi MEPS, motor IP55.

Injap keluli tahan karat dan plat injap digunakan untuk meminimumkan kehilangan tenaga.

Suis tekanan condor kualiti premium memastikan kawalan kualiti udara yang sempurna.

Terdapat enam model terbaharu ATB-range antara 2 kuasa kuda(hp) hingga 15hp dengan kapasiti tangki penerima udara dari 100 liter hingga 500 liter.

Kesemua tangki penerima udara didatangkan dengan kelulusan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia(JKKP atau DOSH).

Produk ini didatangkan dengan tempoh satu tahun waranti.

Pelanggan diberi jaminan mengenai kualiti Atlas Copco sebagai kompresor terkenal dunia.

Mereka yang berminat untuk mendapat keterangan lebih lanjut mengenai produk ini hubungi Tiong Hoo Chiong di talian 016-8610015 atau Anderson Tiong di 014-9999649.

Advertisement