Anda di sini

Mayat rentung ditemui lima jam selepas kebakaran di Lawas

Advertisement
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lawas untuk bedah siasat
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lawas untuk bedah siasat

LAWAS: Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Lempaki di sini, hari ini.

Mayat mangsa dijumpai oleh penduduk kampung di bahagian dapur sekitar 6 pagi. 

Ketua Polis Daerah Lawas  Asp Liong Tindan berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat oleh penduduk kampung lima jam selepas kebakaran sekitar 1.22 pagi itu berlaku.

"Hasil siasatan di tempat kejadian, kita menemui mayat seorang lelaki yang rentung keseluruhan badan di bahagian dapur rumah yang hangus itu.

"Semasa penemuan, mayat telah hangus terbakar sehingga pengecaman di tempat kejadian tidak dapat dibuat," katanya ketika dihubungi media hari ini.

Liong berkata lagi berdasarkan laporan daripada penduduk, mangsa dipercayai lelaki yang menetap di rumah berkenaan, dikenali sebagai Bahar.

"Bagaimanapun, sehingga kini status mayat masih belum dikenal pasti dan mayat sudah dibawa ke bilik mayat Hospital Lawas untuk bedah siasat," katanya lagi.
 

  • oleh
  • Advertisement