Anda di sini

Konfrontasi ganas terbaharu gegar Nigeria

Advertisement
 Contengan ‘Bebas Zakzaky’ dilihat pada pintu sebuah kereta yang rosak selepas pertempuran meletus antara penyokong ulama Syiah itu dan pasukan keselamatan di luar Dewan Negara di Abuja, Nigeria kelmarin. — Gambar Reuters
KONFRONTASI GANAS: Contengan ‘Bebas Zakzaky’ dilihat pada pintu sebuah kereta yang rosak selepas pertempuran meletus antara penyokong ulama Syiah itu dan pasukan keselamatan di luar Dewan Negara di Abuja, Nigeria kelmarin. — Gambar Reuters

ABUJA: Penyokong seorang ulama Syiah yang dipenjara bertelingkah kelmarin de-ngan pasukan keselamatan di sekitar bangunan parlimen Nigeria dalam konfrontasi ganas terbaharu antara kumpulan tersebut dengan pihak berkuasa.

Pergerakan Islam Nigeria (IMN) berkata dua penunjuk perasaan terbunuh manakala polis berkata dua anggota polis ditembak pada bahagian kaki ketika penunjuk perasaan cuba “memasuki Dewan Negara”.

Ulama pro-Iran Ibrahim Zakzaky sudah berada dalam tahanan sejak sengketa antara penyokongnya dan angkatan tentera meletus pada Disember 2015.

Penyokong Zakzaky sudah berulang kali menunjuk perasaan di Abuja dan beberapa bandar utara untuk membantah penahanan pemimpin mereka.

Saksi memberitahu AFP penunjuk perasaan merampas selaras raifal daripada seorang anggota polis yang mengawal pintu masuk dewan, yang terletak di ibu kota institusi negara, Abuja.

“Mereka merampas raifal milik salah seorang daripada mereka dan menembak seorang lagi anggota polis yang berdiri berhampiran,” kata seorang saksi.

Pasukan keselamatan membalas dengan menembak penunjuk perasaan, yang terkena beberapa orang, kata saksi.

Seorang wartawan AFP melihat kesan darah di atas jalan menuju ke dewan ber-kenaan selain kereta dengan cermin depan yang dipecah-kan oleh penunjuk perasaan yang sedang lari.

Polis berkata, dua anggota polis mengalami luka tembakan manakala enam lagi dipukul dengan belantan dan batu.

Jurucakap IMN Abdullahi Musa Mohammed memberitahu AFP, pasukan kese-lamatan melepaskan gas pemedih mata sebelum mereka menembak peserta protes dengan peluru hidup.

“Mereka membunuh dua dan begitu ramai mengalami kecederaan,” katanya.

Polis berkata 40 anggota IMN ditangkap dan mereka telah mengarahkan “penga-wasan polis 24 jam” di se-luruh ibu negara.

Dewan Negara dengan se-gera menggantung persida-ngan ekoran keganasan itu.

Pada Oktober lalu, IMN dan kumpulan hak asasi manusia berkata lebih 40 orang ter-bunuh apabila pasukan kese-lamatan menembak orang ramai di pinggir ibu kota.

Pihak tentera berkata enam orang maut dan askar bertindak untuk mempertahankan diri.

Zakzaky sudah bertahun-tahun bertelagah dengan pihak berkuasa sekular di Nigeria kerana seruannya bagi revolusi Islam ala Iran.

Nigeria Utara mempunyai penduduk majoriti Islam Sunnah. — AFP

Advertisement