Anda di sini

24 terkorban dalam sengketa suku kaum di Papua New Guinea

Advertisement

PORT MORESBY: Se-ramai 24 orang terkorban, termasuk dua wanita hamil, dalam sengketa suku kaum di kawasan tanah tinggi yang tidak mempedulikan undang-undang di Papua New Guinea (PNG), yang mendorong perdana menteri semalam untuk menjanjikan keadilan yang pantas.

Pegawai tempatan berkata, sekurang-kurangnya 24 orang sudah maut di Jela, sebuah wilayah yang susah di barat negara, dalam keganasan selama tiga hari antara suku-suku kaum yang bermusuhan.

Suku-suku kaum di kawa-san tinggi sudah bersengketa dengan satu sama lain di PNG selama berabad-abad, tetapi senjata automatik telah menjadikan pertelingkahan lebih berdarah dan memburukkan lagi kitaran keganasan.

“Seramai 24 orang disah-kan mati, dibunuh dalam masa tiga hari, tetapi mungkin lebih banyak pada hari ini,” kata pentadbir wilayah Hela, William Bando, kepada AFP semalam.

“Kami masih menunggu taklimat pada hari ini daripada pegawai kami di lapa-ngan.”

Bando telah menuntut agar sekurang-kurangnya 100 anggota polis dikerahkan untuk menguatkan lagi kira-kira 40 anggota tempatan.

Insiden berkenaan mengejutkan negara dan perdana menteri yang baharu dilantik, James Marape, dari kawasan pengundi yang merangkumi daerah di mana pembunuhan berkenaan berlaku.

Beliau menjanjikan lebih banyak kerahan keselamatan dan memberi amaran kepada pesalah bahawa “masa anda sudah tamat”.

“Hari ini merupakan antara hari yang paling sedih dalam hidup saya,” beliau menyebut dalam satu kenyataan.

“Ramai kanak-kanak dan ibu yang tidak bersalah telah dibunuh di perkampungan Munima dan Karida dalam kawasan pengundi saya.”

Dalam serangan di Karida, pejuang dikatakan menetak dan menembak enam wa-nita dan lapan kanak-kanak, selain dua wanita hamil, dalam serangan selama 30 minit.

Pekerja kesihatan tempatan Pills Kolo berkata ia adalah sukar untuk mengecam beberapa bahagian badan dan memaparkan imej mayat yang diikat bersama menggunakan kelambu sebagai beg mayat buatan sendiri.

Gambar yang diberikan oleh polis tempatan menunjukkan mayat dua kanak-kanak pada peringkat usia sekolah, seorang dengan kecederaan kepala yang teruk.

Media tempatan melaporkan serangan itu dipercayai tindak balas kepada serangan hendap dan pembunuhan enam orang sehari sebelum itu.

“Penjenayah bersenjatakan senapang, masa anda sudah tamat” kata Marape.

“Ambillah iktibar daripada apa yang saya akan buat kepada penjenayah yang membunuh orang tidak bersalah, saya tidak takut untuk menggunakan langkah paling keras dalam undang-undang ke atas anda.”  

Beliau menegaskan hukuman mati “sudah pun menjadi undang-undang”.

Ia adalah tidak jelas apa yang mendorong serangan itu tetapi banyak sengketa didorong oleh permusuhan lama yang didorong oleh kejadian rogol atau kecurian, atau pertikaian mengenai sempadan suku kaum.

Di wilayah Enga yang berdekatan, lonjakan sama dalam keganasan mendorong penubuhan sebuah garison tentera sementara dan pengerahan satu kompeni yang dianggotai kira-kira 100 askar kerajaan di bawah perintah seorang mejar didikan Sandhurst.

Marape belum lagi memberi maklumat tentang pe-ngerahan anggota keselamatan tetapi dipercayai hampa dengan sumber yang sedia ada sekarang.

“Bagaimanakah sebuah wilayah dengan 400,000 penduduk berfungsi dengan memantau undang-undang dan ketenteraman dengan kurang 60 anggota polis, serta polis dan tentera operasi dari semasa ke semasa yang hanya melakukan penyenggaraan sementara?” soal beliau. — AFP

Advertisement