Anda di sini

Trump terus kecam perjanjian iklim Paris

Advertisement
 Trump (kanan) mendengar Setiausaha Tenaga AS Rick Perry menyampaikan ucapan mengenai dasar alam sekitar pentadbiran itu di Bilik Timur di Rumah Putih, Washington DC,                  Amerika Syarikat kelmarin. — Gambar Reuters
TEGAS: Trump (kanan) mendengar Setiausaha Tenaga AS Rick Perry menyampaikan ucapan mengenai dasar alam sekitar pentadbiran itu di Bilik Timur di Rumah Putih, Washington DC, Amerika Syarikat kelmarin. — Gambar Reuters

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kelmarin sekali lagi mengecam perjanjian iklim Paris yang “tidak adil, tidak berkesan, dan sangat, sangat mahal” dalam satu ucapan mengenai “kepimpinan alam sekitar Amerika”.

Trump mengumumkan pada Jun 2017 bahawa AS menarik diri daripada perjanjian Paris, yang dimeterai pada 2015 dengan hampir setiap negara di atas planet ini.

Perjanjian itu mahu membataskan pemanasan bumi jauh di bawah dua darjah Celsius.

“Kita mahukan air paling bersih. Kita mahukan air jernih bak kristal. Dan itulah apa yang kita sedang buat,” kata Trump dalam ucapannya di Rumah Putih.

Pentadbirannya telah melonggarkan peraturan alam sekitar, dan pada tahun lepas Trump berkata beliau tidak mempercayai laporan kerajaannya sendiri yang memberi amaran tentang kerugian ekonomi yang begitu besar jika pengeluaran karbon terus menjana perubahan iklim yang tidak dikawal.

“Kita akan memper-                   tahankan alam sekitar tetapi kita juga akan mempertahankan kedaulatan Amerika, kemakmuran Amerika, dan kita akan mempertahankan pekerjaan Amerika,” kata-nya dalam ucapannya kelmarin.

Sambil mengecam apa yang beliau sebut sebagai “pepera-ngan yang tidak putus-putus ke atas tenaga Amerika” di bawah pentadbiran Barack Obama sebelum ini, Trump dengan keras menolak “pelan radikal” dalam usaha menangani perubahan iklim yang, menurutnya, “tidak akan menjadikan dunia lebih bersih”.

Trump telah menggalakkan penggunaan bahan bakar fosil dan cuba melonggarkan lebih banyak standard bahan bakar yang ketat bagi kenderaan.

Dalam reaksinya menerusi Twitter, bekas naib presiden Al Gore berkata Trump “enggan melihat realiti”.

Gore, pemenang bersama Hadiah Keamanan Nobel 2007 kerana kempennya untuk menangani perubahan iklim, berkata “peng-undi Amerika tidak tertipu oleh cubaan presiden untuk menyembunyikan rekod alam sekitarnya yang gagal”.

Pada Oktober lalu, satu laporan bersejarah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran bahawa masa semakin singkat untuk menghindari bencana dan usaha bagi mengelak huru-hara iklim dunia memerlukan transformasi masyarakat dan ekonomi dunia yang luar biasa. — AFP

Advertisement