Anda di sini

Majlis Ramah-Tamah Gawai-Raya PPKS Sibu berlangsung meriah

Advertisement
 Hadirin Majlis Ramah-Tamah Gawai-Raya PPKS bergambar beramai-ramai.
UNTUK ALBUM: Hadirin Majlis Ramah-Tamah Gawai-Raya PPKS bergambar beramai-ramai.

MAJLIS Ramah-Tamah Gawai-Raya Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak (PPKS) Bahagian Sibu berlangsung meriah di Hotel Li Hua di Sibu, baru-baru ini.

Majlis yang dihadiri kira-kira 70 ahli PPKS Bahagian Sibu dan Sarikei itu diserikan dengan kehadiran Presiden PPKS Negeri Sarawak Julaihi Ismail.

Berucap pada majlis itu, Pengerusi PPKS Bahagian Sibu Mohamad Akim berkata pada sebelah siang, mereka mengadakan Program Jerayawara PPKS di pejabat mereka di Tingkat 1 MDS Mart Simpang Tiga, di Sibu.

Menurutnya, jerayawara berkenaan berjaya menarik kira-kira 64 pendaftaran baharu untuk menyertai PPKS Bahagian Sibu.

 Kira-kira 70 ahli PPKS Bahagian Sibu dan Sarikei menyerikan Majlis Ramah-Tamah Gawai-Raya PPKS di Sibu, baru-baru ini.
MERIAH: Kira-kira 70 ahli PPKS Bahagian Sibu dan Sarikei menyerikan Majlis Ramah-Tamah Gawai-Raya PPKS di Sibu, baru-baru ini.

“Pada masa ini kita mempunyai hampir 400 ahli di Sibu yang terdiri daripada bekas kakitangan awam negeri Sarawak.

“Saya berharap lebih ramai akan menyertai persatuan ini yang menjadi penghubung dengan kerajaan termasuk memberi khidmat nasihat kepada ahli yang menghadapi masalah dengan pihak kerajaan berkaitan hal persaraan dan kebajikan,” katanya.

Terdahulu, Mesyuarat Agung Tahunan 2019 PPKS Cawangan Sibu telah diadakan pada sebelah petang.

 Mohamad dan isteri merupakan tetamu kehormat Majlis Ramah-Tamah Gawai-Raya PPKS, baru-baru ini.
PENYERI: Mohamad dan isteri merupakan tetamu kehormat Majlis Ramah-Tamah Gawai-Raya PPKS, baru-baru ini.

Majlis dimeriahkan dengan pelbagai persembahan pentas seperti lagu raya dan cabutan nama bertuah yang menyediakan pelbagai hadiah menarik.

  • oleh
  • Advertisement