Anda di sini

Lelaki California mengaku bersalah curi kandau dari zoo Amerika Utara

 Gambar fail serahan Jabatan Kehakiman AS menunjukkan kandau unik, ‘Isaac’, dalam kurungan                                   di sebuah zoo di Amerika Utara. — Gambar AFP
SELAMAT: Gambar fail serahan Jabatan Kehakiman AS menunjukkan kandau unik, ‘Isaac’, dalam kurungan di sebuah zoo di Amerika Utara. — Gambar AFP

LOS ANGELES: Seorang lelaki California mengaku bersalah kelmarin atas tuduhan menyusup masuk ke dalam sebuah zoo selepas ia ditutup dan mencuri seekor kandau berekor cincin paling tua yang masih hidup dalam kurungan di Amerika Utara untuk menjadikan haiwan yang unik itu sebagai binatang peliharaannya.

Aquinas Kasbar, 19, mengaku di hadapan Ha-kim Daerah Amerika Syarikat Andrew Guildford bahawa dia telah menggunakan pemotong kan-cing pada 27 Julai tahun lepas untuk membuat lubang dalam kandang kan-dau dan monyet ‘capuchin’ di Zoo Santa Ana untuk mencuri ‘Isaac’ yang ber-usia 32 tahun.

Menurut dokumen mahkamah, Kasbar meninggalkan haiwan itu dalam sebuah laci plastik tanpa sebarang pengalihan udara pada keesokan hari di hadapan sebuah hotel di Newport Beach, ke selatan Los Angeles.

Dia meninggalkan satu nota yang menyebut bahawa kandau itu, yang berada dalam senarai 25 primat paling terancam dengan jangka hayat biasa-nya selama 20 hingga 25 tahun, adalah milik zoo berkenaan dan harus dibawa kepada polis.

‘Isaac’ pada akhirnya dikembalikan tanpa sebarang kecederaan kepada zoo berkenaan.

Kasbar berdepan de-ngan hukuman penjara selama setahun dan denda sebanyak AS$100,000 (RM400,000) apabila dia dijatuhi hukuman pada 28 Oktober.

Dia dicam sebagai si pesalah selepas polis Newport Beach yang menyiasat beberapa kes samun rumah, di mana dia telah didakwa, mengaitkannya dengan kecurian itu.

Menurut jurnal Scientific American, hanya antara 2,000 hingga 2,400 kandau berekor cincin (lemur catta) masih hidup di negara asal mereka, Madagascar, satu penurunan sebanyak 95 peratus sejak tahun 2000. — AFP