Anda di sini

Polis berkas enam di tunjuk perasaan Kowloon

Advertisement
 Polis menangkap penunjuk perasaan semasa pertelingkahan di daerah Mong Kok                        di Kowloon selepas satu perarakan ke terminal kereta api di Kowloon Barat untuk membantah                    rang undang-undang ekstradisi di Hong Kong kelmarin. — Gambar AFP
KECOH: Polis menangkap penunjuk perasaan semasa pertelingkahan di daerah Mong Kok di Kowloon selepas satu perarakan ke terminal kereta api di Kowloon Barat untuk membantah rang undang-undang ekstradisi di Hong Kong kelmarin. — Gambar AFP

HONG KONG: Polis telah menangkap enam orang semasa satu tunjuk perasaan di salah sebuah kawasan pelancongan paling terkenal di Hong Kong kelmarin, di mana ribuan penunjuk perasaan cuba untuk membangkitkan kesedaran di kalangan pelawat dari tanah besar China mengenai krisis politik yang telah melanda bandar raya tersebut.

Penganjur bantahan berkata seramai 230,000 orang telah berarak melalui jalan raya di Kowloon, di seberang pelabuhan dari daerah perniagaan Central di Hong Kong, dalam gelombang terbaharu bagi tunjuk perasaan membantah rang undang-undang ekstradisi yang akan membolehkan orang dihantar ke tanah besar China bagi berdepan perbicaraan.

Polis menyebut jumlah seramai 56,000 pada saat kemuncaknya.

Penapis China telah bekerja keras untuk memadam atau menyekat berita mengenai bantahan paling ganas dan terbesar di Hong Kong dalam beberapa dekad di tengah-tengah kebimbangan bahawa mereka akan menjadi inspirasi bagi tunjuk perasaan di tanah besar.

Pemimpin Hong Kong yang dikecam, Carrie Lam, menangguhkan rang undang-undang ekstradisi selepas bantahan ganas pada bulan lepas apabila polis melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata, namun beliau telah menolak permintaan untuk membuangnya.

Bantahan terhadap rang undang-undang itu sekarang telah bertukar kepada permintaan agar Lam meletakkan jawatan, siasatan mengenai apa yang dikatakan oleh segelintir pihak sebagai ke-kerasan polis yang keterlaluan dan demokrasi meluas.

Hong Kong telah ditadbir di bawah formula “sebuah negara, dua sistem” sejak pemulangannya dari Britain kepada pemerintahan China pada 1997, membenarkan kebebasan yang tidak dinikmati di tanah besar China, termasuk  hak untuk membantah dan sebuah kehakiman  bebas.

Pengkritik menyatakan undang-undang ekstradisi boleh mengancam pelaksanaan undang-undang di Hong Kong dan reputasi antarabangsanya sebagai sebuah hab kewangan Asia. Sebahagian taikun Hong Kong telahpun mula memindahkan harta kekayaan peribadi ke luar negara.

Pertempuran meletus kelmarin ketika polis bertindak untuk meleraikan  beberapa aktivis yang menyekat jalan raya selepas bantahan yang kebanyakan secara aman mengenai rang undang-undang itu telah menjerumuskan bekas koloni Britain itu  ke dalam ketegangan politik.

Pada 1 Julai, ulang tahun bagi pemulangan Hong Kong kepada pemerintahan China, penunjuk perasaan telah mengepung dan menggeledah bangunan perunda-ngan di tengah bandar raya sebelum berjaya dihalang oleh polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata. — Reuters

Advertisement