Anda di sini

Majlis Berlanggar Meja Perdana Persatuan Melanau Sibu gah

Advertisement
 Dr Annuar (tengah) merakam kenangan bersama ahli PMS pada Majlis Berlanggar Meja Perdana, baru-baru ini.
UNTUK ALBUM: Dr Annuar (tengah) merakam kenangan bersama ahli PMS pada Majlis Berlanggar Meja Perdana, baru-baru ini.

MAJLIS Berlanggar Meja Perdana Persatuan Melanau Sibu (PMS) yang diadakan di pekarangan bangunan PMS di Sibu baru-baru ini, berlangsung meriah.

Majlis dihadiri ratusan komuniti Melanau sekitar bandar Sibu dan masyarakat setempat.

Suasana majlis diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapa’ee yang juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam selaku tetamu kehormat.

 Dr Annuar beramah mesra dengan hadirin.
MESRA: Dr Annuar beramah mesra dengan hadirin.
 Majlis Berlanggar Meja Perdana PMS menyatupadukan komuniti Melanau di samping mengeratkan silaturahim dengan masyarakat lain di bandar Sibu.
ERAT HUBUNGAN: Majlis Berlanggar Meja Perdana PMS menyatupadukan komuniti Melanau di samping mengeratkan silaturahim dengan masyarakat lain di bandar Sibu.

Turut hadir Setiausaha Politik Ketua Menteri Abu Seman Jahwie, Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Rogayah Jamain, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid An-Nur Sibu Latiff Kupon dan Naib Timbalan Pengerusi PMS Mohamad Nazim Masni.

Berucap pada majlis itu, Pengerusi PMS Mohamad  Anis Ili merakam jutaan terima kasih kepada komuniti Melanau dan masyarakat setempat kerana hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

 Orang ramai yang hadir dijamu pelbagai hidangan yang menyelerakan.
JAMU SELERA: Orang ramai yang hadir dijamu pelbagai hidangan yang menyelerakan.

Katanya, antara tujuan majlis diadakan adalah untuk menyatupadukan komuniti Melanau di samping mengeratkan silaturahim dengan masyarakat lain di bandar Sibu.

“Jadi, dengan adanya majlis seumpama ini kita dapat bersama-sama berkumpul dan bermaaf-maafan di antara satu sama yang lain,” ujarnya.

Pada majlis itu juga, Dr Annuar mengumumkan peruntukkan RM20,000 untuk PMS menjalankan aktiviti tahunan mereka.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan lagu raya oleh anak-anak PMS dan cabutan nombor bertuah serta hidangan yang menyelerakan.

  • oleh
  • Advertisement