Anda di sini

Mohd Qhairol johan Pidato Kenegaraan Peringkat Negeri Sabah 2019

Advertisement
QHAIROL ketika menyampaikan pidato beliau.
QHAIROL ketika menyampaikan pidato beliau.

KOTA KINABALU: Mohd Qhairol Iqhssan Yusof dinobatkan johan Pertandingan Pidato Kenegeraan Peringkat Negeri 2019 seterusnya akan mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia.

Qhairol yang mewakili Bahagian Pedalaman Atas dengan tajuk pidato 'Budi Bahasa Budaya Kita' berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, plak dan sijil penyertaan.

Beliau mengalahkan lima peserta lain dari Pedalaman Bawah, Bahagian Pantai Barat Selatan, Bahagian Pantai Barat Utara, Sandakan dan Tawau yang turut mengambil bahagian dalam pertandingan itu.

Manakala naib johan pula dimenangi Mohamad Shakendy dari Pantai Barat Utara menerima hadiah wang tunai RM1,000 diikuti tempat ketiga dari Tawau Dahlan Badue memenangi hadiah wang tunai RM500 dan masing-masing membawa plak serta sijil penyertaan.

YUNUS (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada johan pidato.
YUNUS (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada johan pidato.

Hadiah-hadiah tersebut disampaikan Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Yunus Saprin di sini, petang Ahad.  

Pada majlis sama, turut berlangsung Pertandingan Bintang Patriotik dan Pertandingan Mewarna Kanak-kanak bagi memeriahkan suasana.

Advertisement