Anda di sini

Festival Jazz Borneo tampilkan barisan artis dunia

Advertisement
 Alberto Marciso Trio bakal menghangatkan Festival Borneo Jazz 2019.
ARTIS TERKEMUKA: Alberto Marciso Trio bakal menghangatkan Festival Borneo Jazz 2019.

KUCHING: Festival Jazz Borneo (BJF) 2019 bakal menampilkan barisan artis dunia antaranya Alberto Marciso Trio, Kirk Lightsey dan Fox Capture Plan.

Alberto Marciso Trio dilahirkan pada 1966 di Turin, Itali dan menjadi pemain organ terkemuka Eropah.

Kirk Lightsey pula dari Michigan manakala Fox Capture Plan merupakan kumpulan yang dibentuk pada 2011 berasal dari Jepun yang dianggotai Ryo Kishimoto (pemain piano), Hidehiro Kawai (Double Bass) dan Tsukasa Inoue (dram).

Ketiga-tiga artis terkemuka dunia itu bakal membuat persembahan istimewa di BJF 2019 yang akan diadakan pada 19 hingga 21 Julai di Miri.

Acara tahunan kali ke-14 itu akan dikendalikan berskala besar dengan sasaran pengunjung seramai 4,000 orang.

Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) akan turut menyediakan kanopi untuk gerai makanan, kraf tangan dan produk tempatan bagi memeriahkan lagi suasana.

BJF menjemput pemuzik jazz dari Jepun, Itali, Belanda dan Amerika Syarikat selain menampilkan kumpulan dan artis jazz tempatan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan BJF, orang ramai boleh melayari https://borneojazzfestival.com  atau https://www.facebook.com/borneojazz.official/.

Advertisement