Anda di sini

23 didenda RM250 merokok di Lapangan Terbang Tawau

Advertisement
PENGUATKUASA menjalankan pemeriksaan terhadap perokok.
PENGUATKUASA menjalankan pemeriksaan terhadap perokok.

TAWAU: Seramai 23 perokok masing-masing didenda RM250 selepas didapati merokok dalam kawasan larangan merokok di Lapangan Terbang Tawau, di sini pada Sabtu.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Tawau Rahman Sampe berkata perokok terbabit dikesan menerusi Ops PPKHT selama dua hari, membabitkan seramai 12 penguatkuasa jabatan berkenaan.

Beliau berkata, sebanyak 23 notis mengikut Seksyen 32B di bawah kesalahan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 dikeluarkan, selain denda sebanyak RM250 kepada individu yang terbabit.

"Bagi kesalahan ini, perokok terbabit diberikan notis untuk hadir ke mahkamah atau boleh terus menyelesaikannya di luar mahkamah dengan membayar kompaun berkenaan.

"Operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 demi menjaga kesihatan orang awam," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

"Kita akan menjalankan operasi secara berjadual sekiranya terdapat aduan daripada orang awam merokok di kawasan larangan merokok," tambahnya.

Sementara itu, pihaknya juga telah membuat satu laporan polis berkenaan terdapat perokok yang cuba menghalang pegawainya menjalankan tugas.

  • oleh
  • Advertisement