Anda di sini

Politeknik Mukah terima bantuan sebuah bas - ketua menteri

Advertisement
Abang Johari ketika sesi Townhall bersama masyarakat Mukah.
Abang Johari ketika sesi Townhall bersama masyarakat Mukah.

MUKAH: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini mengumukan bakal menghadiahkan sebuah bas kepada Politeknik Mukah (PMU) bagi kegunaan serta kemudahan para pelajarnya.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata demikian ketika Sesi Townhall:Berambeh Ngan Abang Jo bertempat di Dewan Masyarakat Mesra Mukah sebentar tadi yang berlangsung sekitar dua jam.

Ia diluluskan ketika salah seorang penuntut PMU bertanya sama ada peruntukan atau bantuan kepada pelajar PMU tentang kemudahan bas.

Difahamkan PMU ketika ini mempunyai tiga bas tetapi dua daripadanya rosak.

Bukan sahaja itu, Abang Johari turut mengatakan kerajaan negeri turut akan membiayai kos membaiki dua bas yang rosak.

Selain itu, kerajaan negeri juga akan memberikan dana untuk memperbaiki koleksi busana persatuan kebudayaan dan juga pembinaan bumbung gelanggang bola tampar PMU.

  • oleh
  • Advertisement