Anda di sini

JPJ Sibu jayakan majlis sambutan Gawai-Raya

Advertisement
 Faizal (empat kanan) serta kakitangannya pada upacara menggulung tikar.
BERAKHIRNYA GAWAI: Faizal (empat kanan) serta kakitangannya pada upacara menggulung tikar.
 Faizal (tiga kanan) menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim pada majlis tersebut.
BUAT BELANJA: Faizal (tiga kanan) menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim pada majlis tersebut.

SIBU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sibu telah mengadakan Majlis Gawai-Raya di pekarangan pejabatnya di sini, malam kelmarin.

Ketua cawangannya Mohamad Faizal David Jemat berkata, majlis sebegini sering diadakan oleh cawangannya pada setiap tahun dengan tujuan yang sama.

“Ia adalah bertujuan untuk kita bersama-sama mewujudkan hubungan yang erat di dalam organisasi yang sama,” katanya berucap pada majlis tersebut.

Ujarnya lagi, hubungan yang erat sangat penting di sesebuah organisasi dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti.

“Inilah majlis yang harus kita manfaatkan bersama untuk mengeratkan silaturahim diantara semua kita,” tambahnya lagi.

Faizal turut menyempurnakan majlis menggulung tikar dan upacara memotong ‘ranyai’.

Beliau turut menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim dari PERYATIM Sibu bagi pihak JPJ Sibu.

Pelbagai persembahan dan aturcara majlis diadakan, manakala orang ramai turut disajikan dengan pelbagai hidangan.

Advertisement