Anda di sini

Tiada undang-undang sekat bincang keluar Malaysia - Voon Lee Shan

Advertisement
VOON LEE SHAN

KUCHING: Tiada kes di Sarawak diputuskan di mahkamah setakat ini dalam menentukan perbincangan atau ceramah ke arah pemisahan Sarawak daripada Malaysia sebagai satu kesalahan di bawah Akta Hasutan, kata Presiden Parti Bumi Kenyalang Voon Lee Shan.

Menurutnya, istilah hasutan tidak dijelaskan di dalam Akta Hasutan 1948 dan oleh yang demikian apa yang dianggap menghasut sangat subjektif.

"Kita perlu berpandukan kes-kes yang sudah diputuskan (mahkamah). Dengan rendah hati, berdasarkan undang-undang sedia ada yang menjadi panduan, saya bersedia untuk diperbetulkan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menjelaskan lagi, Perlembagaan Persekutuan Malaysia juga tidak menyentuh mengenai hak berbicara tentang keluar daripada Malaysia.

Jika tidak wujud larangan ditulis dalam undang-undang, maka sesuatu tindakan adalah sah.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di Parlimen baru-baru ini.

Dr Mahathir dalam laporan The Borneo Post hari ini dipetik berkata Akta Hasutan boleh diguna pakai sekiranya usaha membawa keluar Sarawak dari Malaysia memudaratkan ketenteraman dan keselamatan awam.

Baca artikel berkaitan:-

https://www.theborneopost.com/2019/07/05/dr-m-well-take-action-under-sedition-act-if-call-for-sarawaks-secession-threatens-public-order/