Anda di sini

SK Bukit Kalam wakili Labuan ke Pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan

Advertisement
BARISAN belakang dari kiri Ustaz Hazman Yaplin, Guru Besar SKBK, Rosli Mohd Ali, Ustazah Nor Atasya Ayub, Ustazah Mardawia Asis, Ustazah Nurul Farhana Rahman dan Ustazah Ruzanah Mat Jais. Barisan hadapan dari kiri Mohammad Hamsyari Syah, Mohammad Afiq Arshad, Mohammad Aswatul Akramullah, Muhammad Haikal Efan, Mohammad A’liff Danish, Muhammad Alif Danish, Shazzerieaul Zyzam dan Mohammad Alif Zainudin.

LABUAN: Sekolah Kebangsaan Bukit Kallam (SKBK) sekali lagi merangkul gelaran johan Pertandingan Nasyid Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan bagi tahun 2019, baru-baru ini.

SK Bukit Kallam pernah menjadi johan pertandingan tersebut pada tahun 2017.

Kumpulan nasyid Yusran ini terdiri daripada lapan orang ahli yang merupakan murid Tahun 4, 5 dan 6.

Mereka ialah Mohammad Hamsyari Syah, Mohammad Afiq Arshad, Mohammad Aswatul Akramullah, Muhammad Haikal Efan, Mohammad A’liff Danish, Muhammad Alif Danish, Shazzerieaul Zyzam dan Mohammad Alif Zainudin.

Kumpulan nasyid itu dibimbing oleh jurulatih Ustazah Mardawia Asis dan Ustazah Nor Atasya Ayub.

Guru Besar SK Bukit Kallam, Rosli Mohd Ali berkata penglibatan murid dalam pertandingan seumpama ini sangat digalakkan dalam usaha memastikan kemenjadian murid dalam pelbagai bidang ilmu.

“Syabas dan tahniah buat Kumpulan Nasyid Yusran yang akan mewakili WP Labuan ke peringkat kebangsaan. Saya berharap mereka akan memberikan persembahan yang terbaik sekaligus memberikan saingan sengit kepada kumpulan lain,”katanya.

Kumpulan nasyid Yusran akan mewakili WP Labuan ke peringkat kebangsaan di Negeri Perak pada 12-15 Julai ini.
 
Advertisement