Anda di sini

Sambutan GawaiRaya RTM Sibu 2019 meriah

 Lau (depan, empat kanan) sempat merakamkan kenangan bersama warga RTM Sibu.
UNTUK ALBUM: Lau (depan, empat kanan) sempat merakamkan kenangan bersama warga RTM Sibu.

SAMBUTAN GawaiRaya RTM Sibu 2019 meriah dengan pelbagai aktiviti bagi meraikan kakitangan yang terdiri daripada pelbagai kaum di pejabatnya di Sibu, baru-baru ini.

Majlis turut mengalu-alukan Pengurus RTM Sibu yang baharu iaitu Saiful Arini yang memulakan tugasnya di Sibu pada 17 Jun lalu.

Katanya, program seumpama ini mampu mengeratkan silaturahim antara kakitangan, agensi kerajaan dan pengamal media di Sibu.

 Pelbagai juadah disediakan sendiri oleh warga RTM Sibu.
ANEKA PILIHAN: Pelbagai juadah disediakan sendiri oleh warga RTM Sibu.

Tambahnya lagi, silaturahim yang erat antara agensi Kementerian Komunikasi Multimedia (KKMM) di Sibu dapat melancarkan program-program di kawasan tengah Sarawak selari dengan visi dan misi RTM agar terus relevan dalam penyampaian maklumat yang sahih.

Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya sesi karaoke dan hadiah pertandingan pakaian terbaik GawaiRaya.

 Lau (dua kiri) menyampaikan hadiah kepada Iskandar.
SEGAK: Lau (dua kiri) menyampaikan hadiah kepada Iskandar.

Bagi pemenang lelaki, penyampai radio bahagian Melayu Iskandar Joni terpilih setelah segak berbaju Melayu lengkap dengan sampin dan tengkolok.

Pakaian terbaik wanita pula dimenangi oleh Nur Aleya Mawang dari bahagian pentadbiran yang tampil unik dengan pakaian Orang Ulu Kejaman.

Kakitangan RTM turut menyediakan juadah yang dibawa oleh kakitangan sendiri iaitu berkonsepkan ‘potluck’.

 Saiful (tiga kiri), Lau (tiga kanan) serta tetamu lain menyempurnakan upacara memotong kek.
MERAIKAN: Saiful (tiga kiri), Lau (tiga kanan) serta tetamu lain menyempurnakan upacara memotong kek.

Kemuncak majlis diserikan dengan upacara memotong kek GawaiRaya.

Turut hadir ialah pembantu khas kepada Ahli Parlimen Sibu Amy Lau dan agensi-agensi di bawah KKMM seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Jabatan Penerangan, Bernama, Telekom dan Pos Malaysia.