Anda di sini

Raya MBS Fun Hiking tampil tema baju raya

Advertisement
NOORZIEAN (duduk, tiga kanan) bersama peserta Raya MBS Fun Hiking.
NOORZIEAN (duduk, tiga kanan) bersama peserta Raya MBS Fun Hiking.

KOTA KINABALU: Majlis Belia Malaysia (MBS) buat julung kalinya menganjurkan ‘Raya MBS Fun Hiking’ sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Program berkenaan diadakan pada 28 hingga 30 Jun lepas melibatkan empat lokasi pendakian bukit termasuklah Sinudu Hill Putatan, Taman Tun Fuad Bukit Padang, Bukit Botak Sepanggar, dan Bukit Soborong Kinarut.

Setiausaha Agung MBS Noorziean Mohd Tairudin berkata, aktiviti berkenaan adalah cetusan idea Presiden MBS Ahmad Farid Sainuri yang menampilkan tema pakaian baju Raya.

 Katanya, seramai 139 peserta menyertai aktiviti mendaki itu dan ia menunjukkan sambutan yang menggalakkan walau pertama kali dianjurkan.

PARA peserta menunjukkan sijil penyertaan masing-masing selepas menamatkan pendakian sempena program itu.
PARA peserta menunjukkan sijil penyertaan masing-masing selepas menamatkan pendakian sempena program itu.

"Aktiviti ini bertujuan menggalakkan amalan hidup sihat selain mengisi masa senggang para peserta yang terdiri daripada golongan belia dengan akitiviti yang bermanfaat.

"Selain itu, menerusi aktiviti seperti ini, ia mampu memupuk rasa kecintaan dalam kalangan peserta untuk lebih menghargai alam sekitar," jelasnya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berharap, program seumpama itu yang menampilkan gaya hidup sihat sentiasa mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat dari pelbagai peringkat.

  • oleh
  • Advertisement