Anda di sini

Pendaftaran Pati melalui Program Regularisasi Sabah berakhir hujung Jun

Advertisement

KOTA KINABALU: Program Regularisasi Sabah 2019 yang bermula dengan pendaftaran pekerja asing dan tanggungan (Pati) melalui penerimaan permohonan kouta pada 1 April berakhir pada 30 Jun lalu.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah Datuk Musa Sulaiman berkata, sehingga tempoh terbabit berakhir seramai 3,102 majikan direkodkan mendaftarkan pekerja asing masing-masing.

"Seramai 123,575 Pati didaftarkan sepanjang program berlangsung dan daripada jumlah itu seramai 95,226 adalah warga Indonesia dengan pecahan 54,900 pekerja asing dan selebih 40,326 adalah tanggungan.

"Warga Filipina pula seramai 28,349 iaitu 17,235 adalah pekerja asing dan 11,114 adalah terdiri daripada tanggungan," katanya.

Musa berkata, dengan berakhirnya tempoh pendaftaran kouta mengikut program ini, proses seterusnya adalah majikan perlu mengemukakan pasport Pati kepada pihak JIM.

"Kita akan membuat pengecaman serta tapisan keselamatan terhadap Pati dan pihak majikan dikehendaki menyelesaikan bayaran kompaun, pas khas, Levi, Pas, JP (Visa), Visa dan lain-lain bayaran terhadap mana-mana Pati yang melepasi tapisan terbabit.

"Bayaran terbabit adalah bagi tujuan pengeluaran pas lawatan (kerja sementara) kepada pekerja asing dan pas lawatan (sosial) kepada tanggungan," katanya.

Tambahnya, jabatan menetapkan bahawa proses penerimaan pasport adalah selama tiga bulan yang akan berakhir pada 30 September dan majikan perlu mengemukakan pasport Pati yang didaftarkan selewat-lewatnya 30 September.

  • oleh
  • Advertisement