Anda di sini

Pemuda Upko sokong cadangan had usia mengundi 18 tahun

Advertisement
CONRAD
CONRAD

PENAMPANG: Pergerakan Pemuda Upko Malaysia menyambut baik cadangan Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan had usia mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda Pusat Petrus Conrad Mojuntin berkata, usaha itu dilihat sebagai salah satu langkah pendedahan awal golongan muda dalam urusan pentadbiran negara.

Selain itu katanya, pendekatan ini juga sekaligus memberi keutamaan kepada golongan muda untuk lebih bersedia sebagai pelapis yang bakal mencorakkan masa hadapan Malaysia.

"Sebelum ini, golongan muda di negara ini hanya akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat parti kerajaan yang akan memberi hala tuju terbaik kepada mereka dan negara.

"Namun dengan pendekatan baharu ini, mereka sudah boleh bersama-sama merangka masa depan negara menggunakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Katanya, dalam era dunia moden ini, golongan muda terdedah kepada dunia politik dan kebanyakan mereka juga sudah pandai membuat pernilaian.

Katanya, golongan muda berfikiran matang dan ia selari dengan perkembangan politik bergerak pantas dalam era serba canggih serta moden ini.

"Cadangan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang membawa usul had usia pengundi diturunkan kepada 18 tahun adalah sangat wajar.

"Saya secara peribadi berharap dengan penurunan syarat umur ini, mereka akan lebih terbuka kepada peluang untuk maju seperti golongan muda lain di negara membangun lain," katanya

Petrus berkata, anak muda juga penting dalam proses pilihan raya kerana pandangan dan kehendak mereka amat mustahak dalam pembinaan negara.

  • oleh
  • Advertisement