Anda di sini

Minyak enjin motosikal semi-sintetik terbaharu dari Shell Advance AX7

 Kedua-dua varian Shell Advance AX7 10W-30 dan 15W-50 yang dijual dengan harga RM33.90 bagi setiap pek 1 liter (harga runcit yang disyorkan)
JAGA ENJIN: Kedua-dua varian Shell Advance AX7 10W-30 dan 15W-50 yang dijual dengan harga RM33.90 bagi setiap pek 1 liter (harga runcit yang disyorkan)

KUALA LUMPUR: Shell Malaysia Trading Sdn Bhd kini telah memperkenalkan dua lagi varian baharu bagi minyak enjin motosikal semi-sintetik Shell Advance AX7. Kedua-dua varian Shell Advance AX7 10W-30 dan 15W-50 yang dijual dengan harga RM33.90 bagi setiap pek 1 liter (harga runcit yang disyorkan) kini menjadi pelengkap kepada Shell Advance AX7 10W-40 yang sedia ada.

Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan, Shell Advance AX7 yang popular itu kini menawarkan tiga gred kelikatan.

“Ini membolehkan para penunggang motosikal memilih minyak enjin separa sintetik premium dari Shell Advance yang benar-benar menepati keperluan mereka,” katanya.

Antara manfaat yang akan dinikmati termasuk enjin yang 33 peratus lebih bersih, perlindungan enjin yang 29 peratus lebih baik pada suhu yang tinggi, penambahan jarak perjalanan sejauh 3 km bagi setiap liter bahan api, perlindungan komponen enjin daripada kehausan yang 36 peratus lebih baik berbanding had industri serta tiada kehilangan kuasa walaupun selepas perjalanan sejauh 12,000 km.

Shell Advance AX7 15W-50 baharu yang lebih pekat menjanjikan kelancaran penghantaran kuasa dan perlindungan yang lebih baik bagi enjin yang digunakan dalam tempoh yang lama dalam keadaan tekanan enjin yang tinggi.

Shell Advance AX7 10W-30 baharu yang mempunyai kelikatan yang lebih rendah menawarkan ekonomi bahan api yang lebih baik sementara memberikan perlindungan enjin yang baik, membolehkan tambahan perjalanan sehingga 3 km lebih berbanding dengan minyak mineral.

Shell Advance AX7 10W-40 sedia ada pula mempunyai formulasi seimbang yang memenuhi keperluan hampir semua jenis motosikal bagi penunggangan harian. Ia amat sesuai untuk memberikan perlindungan yang diperlukan bagi keadaan lalu lintas yang terhenti-henti.

Bagaimanapun, para pengguna dinasihatkan untuk mengikut cadangan pengilang (OEM) berkenaan gred kelikatan dan penarafan kualiti minyak enjin, sebagaimana yang dinyatakan dalam manual pemilik untuk mendapatkan prestasi yang optimum.

Produk-produk baharu ini diadun dan dipek di Malaysia, serta dilengkapi dengan label ‘Untuk Pasaran Malaysia’ di bahagian hadapan untuk tujuan pengecaman produk tersebut sebagai produk Shell Advance tulen untuk dijual di Malaysia.

Label baharu di bahagian hadapan boleh ditanggalkan untuk mendedahkan kod QR yang unik bagi membuat pengesahan ketulenan produk dengan segera, sementara label di belakang menampilkan maklumat produk dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai Shell Advance AX7 baharu, layari  www.shell.com.my/advance atau hubungi Hotline Perkhidmatan Pelanggan Shell di 1300 88 1808.