Anda di sini

KTS Trading lancar siri ‘cast-iron piston’ kompresor jenama Atlas Copco ATB

Advertisement
 Chiew (sembilan kanan) bersama yang lain pada jerayawara Kompresor Atlas Copco ATB, semalam.
TERBAIK: Chiew (sembilan kanan) bersama yang lain pada jerayawara Kompresor Atlas Copco ATB, semalam.

MIRI: KTS Trading Sdn Bhd Miri melancarkan siri ‘cast-iron piston’ kompresor jenama Atlas Copco ATB yang terbaharu dengan siri jerayawaranya di premis cawangan KTS di sini, semalam.

Siri jerayawara berkenaan turut melibatkan tujuh bandar utama di Malaysia Timur pada Julai ini dan telah bermula di Sibu pada Selasa lalu sebagai lokasi jerayawara yang pertama.

Jerayawara tersebut memperkenalkan dan mempamerkan siri kompresor berkenaan yang dijemput hadir ke premis cawangan bermula jam 9 pagi hingga 3 petang.

Hadir sama ialah Pengurus Pemasaran Jabatan Produk Industri KTS Trading Sdn Bhd Michael Ting, Pengurus KTS Trading Sdn Bhd Cawangan Miri Stephen Chiew dan Penolong Pengurus KTS Trading Sdn Bhd Cawangan Miri Tiong Chung Hua.

Menurut kenyataan media, kompresor piston terkini itu dilengkapi dengan pelbagai ciri yang kuat dengan kecekapan tinggi MEPS dan motor IP55.

Injap keluli tahan karat dan plat injap digunakan untuk mengurangkan kehilangan tenaga.

Di samping itu, suis tekanan premium berkualiti ‘condor’ memastikan kawalan tekanan udara yang sempurna.

Malah, terdapat enam model ATB baharu, dari 2hp hingga 15hp, dengan kapasiti tangki penerima udara dari 100 liter hingga 500 liter.

Kesemua tangki penerima udara model kompresor berkenaan mendapat kelulusan JKKP (DOSH) dan produk tersebut dilengkapi dengan tempoh jaminan selama satu tahun.

Pelanggan boleh meyakini kelebihan dan kualiti yang ada pada produk Atlas Copco yang menjadikan pemampatnya terkenal di dunia.

Mereka yang berminat bagi mengetahui lanjut berhubung produk terbabit, boleh menghubungi Tiong Chung Hua di talian 013-838 5028, Steve Pui (017-897 6829) atau pejabat (085-417 133).

Advertisement