Anda di sini

Hotlink tawar peluang menangi telefon bimbit setiap hari

Advertisement
 Kempen ‘Free Phones Every Day’ menawarkan peluang untuk memenangi telefon Samsung S10+, Samsung A10, atau Samsung A30.
TAWARAN: Kempen ‘Free Phones Every Day’ menawarkan peluang untuk memenangi telefon Samsung S10+, Samsung A10, atau Samsung A30.

KUCHING: Hotlink memberi peluang kepada pelanggan-pelanggan untuk memenangi telefon bimbit percuma apabila mereka log masuk ke aplikasi Hotlink RED setiap hari.

Dengan kempen ‘Free Phones Every Day’ yang sedang berlangsung sehingga 31 Julai, pelanggan boleh menuntut mata ganjaran Hotlink Rewards percuma setiap hari.

Pelanggan hanya perlu log masuk ke aplikasi dan menggunakan mata ganjaran tersebut untuk menyertai tawaran ‘Free Phones Every Day’.

Melalui tawaran tersebut, mereka akan diberikan sekali peluang untuk memenangi sebuah telefon Samsung S10+, Samsung A10 atau Samsung A30.

“Telefon bimbit merupakan satu keperluan dalam hidup. Tanpa telefon bimbit, kita tidak akan berupaya untuk beroperasi. Maxis juga sedar bahawa harga telefon bimbit semakin mahal sehingga menyukarkan orang untuk memperolehnya.

Justeru, Hotlink ingin menawarkan promosi menarik ‘Free Phones Every Day’ yang sangat bernilai setiap hari kepada pelanggan. Hotlink komited dalam memahami pelanggan secara peribadi termasuk kesukaan pelanggan, memberi tawaran yang relevan kepada pelanggan dan sebagainya,” kata Ketua Pengurusan Pelanggan Navin Manian.

Untuk mendapatkan peluang memenangi sebuah telefon bimbit percuma, pelanggan hendaklah memuat turun aplikasi Hotlink RED daripada Apple Store atau Google Play Store dan log masuk ke aplikasi tersebut.

Seterusnya, pelanggan hanya perlu membuka aplikasi tersebut setiap hari dan menebus mata ganjaran Hotlink Rewards di laman Rewards.

Untuk mendapatkan lebih banyak mata ganjaran, pelanggan boleh membeli Pas Internet bulanan terpilih daripada laman Shop dalam aplikasi.

Selepas menuntut mata ganjaran percuma, pelanggan boleh masuk ke bahagian Deals and cari promosi ‘Free Phones Every Day’ di bawah kategori ‘Hot Deals’. Kemudian, pelanggan perlu klik tawaran tersebut dan pilih ‘Redeem With 5 Hotlink Rewards Points’ bagi memuat turun satu peluang untuk memenangi sebuah telefon bimbit.

Tawaran tersebut merupakan salah satu daripada promosi-promosi menarik yang boleh dinikmati melalui aplikasi Hotlink RED.

Promosi-promosi menarik lain termasuk tawaran makanan dan minuman daripada jenama seperti Aunty Anne’s, Tealive dan McDonald’s, dan juga diskaun untuk hotel di laman web pengembaraan seperti Expedia dan Traveloka dan banyak lagi.

Pelanggan boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai senarai penuh jenama dan perniagaan dalam Hotlink Rewards dengan mengelog masuk ke aplikasi Hotlink RED.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan bolehlah melayari laman web www.hotlink.my/freephone

Advertisement