Anda di sini

Celcom bawa nubia Red Magic 3, secara eksklusif ke Malaysia

Advertisement
 

PETALING JAYA: Penggemar permainan mudah alih kini boleh menikmati telefon pintar khas untuk permainan nubia Red Magic 3, dibawakan oleh Celcom secara eksklusif ke Malaysia. Red Magic 3 merupakan telefon pintar permainan pertama di dunia, yang didatangkan dengan sistem penyejuk aktif bersama kipas penyejuk dalaman.

Ketua Pegawai Produk dan Inovasi, Celcom Axiata Berhad Roy Ong berkata, Celcom amat teruja untuk menawarkan telefon pintar permainan yang terkini iaitu nubia Red Magic 3, khas buat penggemar permainan mudah alih yang bergantung kepada kualiti peranti dengan rangkaian 4G LTE terbaik bagi memenuhi keperluan permainan atas talian mereka.

“Industri e-sukan hari ini termasuk permainan mudah alih, kini pesat berkembang dan kami menyedari terdapat permintaan yang begitu tinggi daripada pelanggan untuk rangkaian dan peranti terbaik bagi memberikan pengalaman permainan mudah alih yang lancar dan terunggul.

Dengan tawaran terkini dan eksklusif ini, golongan pemain kasual mahupun pakar boleh menjangkakan pengalaman permainan yang menarik bersama rangkaian 4G LTE kami,” katanya  

Red Magic 3 merupakan peranti berkuasa tinggi dengan spesifikasi termasuk butang rangsangan permainan, picu bahu sensitif sentuhan, kuasa Qualcomm® Snapdragon 855 6.65 inci skrin ultra-lebar dengan kadar ‘refresh’ 90hz, getaran 4D, pembesar suara dwihadapan, bateri berkuasa 5,000mAh battery dan ia menyokong sehingga 18W pengecasan pantas bagi prestasi permainan yang lancar.

Pelanggan yang melanggan pelan Celcom Mobile Platinum Plus (100GB) pada RM188 setiap bulan juga boleh memiliki telefon permainan Red Magic 3 hanya pada RM499.

Pada masa sama, pelanggan juga boleh menikmati kehebatan Red Magic 3 hanya pada RM1,358 apabila memilih untuk melanggan pelan pascabayar Celcom Xpax XP60 pada RM60 setiap bulan.     

Advertisement