Anda di sini

Rumah Ingai Achot tidak ketinggalan anjur Majlis Ngiling Bidai

Advertisement
 

JAWATANKUASA Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Ingai Achot, Sungai Jih Kanowit tidak ketinggalan mengadakan Majlis Ngiling Bidai, baru-baru ini.

Menurut Tuai Rumah Ingai, majlis ngiling bidai itu dianjurkan setiap tahun sebagai simbolik bagi penutupan sambutan Gawai Dayak.

“Selepas sambutan Gawai Dayak, kita tidak lupa mengadakan majlis ngiling bidai sebagai simbolik berakhirnya Gawai Dayak pada tahun ini.

“Pada masa sama, kita berharap majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan penduduk rumah panjang dengan tetamu jemputan seperti penduduk rumah panjang berdekatan, pegawai kerajaan dan sebagainya,” ujarnya.

 
 

Ingai berkata, majlis ngiling bidai kali ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti ngajat, bekuntau, karaoke, ranyai dan jamuan makan.

Pegawai Daerah Kanowit Kathreen Lalai Eddia Saga turut dijemput bagi merasmikan majlis, selain pegawai jabatan kerajaan serta penduduk rumah panjang berhampiran.

Kathreen dalam ucapannya memberitahu pentingnya kerjasama antara satu sama lain dalam sesebuah rumah panjang bagi mencapai sesuatu objektif.

Beliau turut memuji kerjasama baik yang diberikan JKKK Rumah Ingai dan berharap kerjasama itu dapat diteruskan

 
  • oleh
  • Advertisement