Anda di sini

Ikatan perpaduan kukuh jamin masa depan bangsa, negara

Advertisement

LAHAD DATU: Ikatan perpaduan yang kukuh menjadi penentu pada kemajuan sebuah organisasi, kata Pegawai Daerah Dr Mohd Ayob Yaakob.

Menurutnya jalinan perpaduan yang disemai dari amalan nilai-nilai murni seperti persefahaman, hormat-menghormati, bertolak-ansur dan lain-lain akan membentuk organisasi yang berdaya saing.

MOHD Ayub, Jasnih dan hadirin bersalam bermaaf-mafaan.
MOHD Ayub, Jasnih dan hadirin bersalam bermaaf-mafaan.

"Interaksi silang budaya dalam majlis seperti ini amat besar ertinya terhadap kehidupan yang harmoni dan sentosa.

"Generasi muda yang turut hadir pasti beroleh pengalaman untuk pembelajaran yang amat berguna demi masa hadapan mereka yang bakal memasuki dimensi baharu dalam komunikasi masyarakat," katanya.

Beliau yang juga Penasihat Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Cawangan Lahad Datu berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri Puspanita Cawangan Daerah Lahad Datu, di sini pada Rabu.

Mohd Ayob menggalakkan ahli yang hadir Puspanita Daerah pada setiap aktiviti atau program organisasi itu untuk sentiasa mengeratkan jalinan ukhwah dan persaudaraan dan sentiasa terbuka memaafkan kesilapan yang berlaku.

Katanya, sebagai organisasi yang sentiasa memberi sokongan padu pada dasar-dasar kerajaan dan menyemarakkan aktiviti membantu kebajikan, amalan maaf memaafkan menjadi keutamaan setiap ahli.

"Kita saling bermaafan bagi melupakan kesilapan yang lalu, di samping bersedia membuka lembaran baharu menuju tahap permuafakatan yang lebih tinggi.

PEMENANG pertandingan karaoke.
PEMENANG pertandingan karaoke.

"Perbezaan pendapat yang sentiasa berlaku ialah lumrah dan hendaklah dimanfaatkan sebagai percambahan fikiran untuk memilih segala perkara yang terbaik," katanya.

Turut hadir ialah Pengerusi Puspanita Daerah Lahad Datu Kamariah Abdul Wahid, Timbalan Mashitah Mohd Amin dan Penolong Pegawai Daerah Lahad Datu (Pentadbiran) Jasli Jaafar.

Majlis yang menghidangkan makanan tradisi sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri itu turut dimeriahkan dengan pertandingan karaoke tertutup.

  • oleh
  • Advertisement