Anda di sini

Gadis dijumpai mati di sebuah pusat hiburan

Advertisement
 

KUCHING: Seorang gadis disahkan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di sebuah pusat hiburan di Jalan Ban Hock, sekitar pukul 2.40 petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani berkata mangsa berusia 20-an itu ditemui pekerja premis tersebut dalam keadaan terbaring dan terus menghubungi pihak hospital.

“Kematian mangsa disahkan oleh pegawai perubatan dari Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di atas sofa dan siasatan awal mendapati kematiannya setakat ini didapati tiada unsur jenayah,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HUS untuk bedah siasat.

“Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat,” katanya. 

  • oleh
  • Advertisement