Anda di sini

Trak muzik #GoRWMF di pelbagai lokasi sekitar Kuching, 28 Jun - 4 Julai

Advertisement
 Angelina, Yu Puay dan Alan bersama Pinanak SEntah dan pengasas Urban Box Kuching pada majlis pelancaran.
LANCAR: Angelina, Yu Puay dan Alan bersama Pinanak SEntah dan pengasas Urban Box Kuching pada majlis pelancaran.

KUCHING: Bersempena Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2019 yang semakin hampir, trak muzik GoRWMF kembali lagi untuk tahun kedua.

#GoRWMF Music on the Move  yang merupakan projek kerjasama Lembaga Pelancongan Sarawak (STB)  dan Kuching Waterfront adalah berkonsepkan membawa persembahan muzik kepada acara membangkitkan kehangatan RWMF akan datang.

Projek itu dilancarkan pada Jumaat lalu (28 Jun) di Urban Box Kuching, Saradise yang dihadiri Pengarah Acara dan Hubungan Korporat STB Angelina Bateman, Pengurus Besar Sara Urusharta Sdn Bhd Alan Poh, Pengurus Produksi RWMF Yeo Yu Puay dan pengasas bersama Urban Box Kuching Gabriel dan Ronald Koo.

Bercakap pada majlis itu, Angelina menjelaskan bahawa sejumlah 27 acara akan dianjurkan di pelbagai lokasi di sekitar bandar raya ini bermula 28 Jun hingga 4 Julai ini.

Acara permulaan #GoRWMF  adalah melibatkan persembahan Pinanak Sentah selama 30 minit sebelum ke lokasi seterusnya di Rumah Asap Tabuan Dayak.

Selain itu, kumpulan Sayu Ateng dan Raban Kenyalang juga akan membuat persembahan di atas pentas trak #GoRWMF.

Trak muzik #GoRWMF akan berhenti selama 30 minit di setiap lokasi dan laluannya  meliputi bukan sahaja di pusat bandar tetapi juga ke kawasan Siburan dan Petra jaya.

Maklumat terkini tentang laluan dan jadual #GoRWMF boleh didapati di halaman facebook Kuching Waterfront.

RWMF adalah festival perayaan yang terkenal di seluruh dunia dan kali ini akan diadakan di Kampung Budaya Sarawak pada 12 hingga 14 Julai ini.

Advertisement