Anda di sini

KRT, JKKK Kampung Datuk Baru dan Surau Darul Jannah anjur Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri

Advertisement
 

KAWASAN Rukun Tetangga (KRT) Kampung Datuk Baru bersama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Surau Darul Jannah di Sibu telah menganjurkan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri 2019, baru-baru ini.

Majlis berlangsung di Surau Darul Jannah, Kampung Datuk Baru itu dirasmikan oleh Pegawai Perpaduan Bahagian Sibu Siti Nurfatimah Hussen.

Majlis dimulakan dengan ucapan Timbalan Pengerusi KRT Kampung Datuk Baru Aawang Kesumajaya Pengiran Ali Bahar, diikuti dengan ucapan perasmian oleh Siti Nurfatimah.

 

Insentif untuk peronda-peronda sukarela Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kampung Datuk Baru daripada JKKK turut disampaikan.

Peronda yang berumur 70 tahun ke atas iaitu Hussain Abdul Rasit dan Omar Edini pula menerima penghargaan.

Majlis dimeriahkan dengan cabutan nombor bertuah serta jamuan makan.

 
  • oleh
  • Advertisement