Anda di sini

Kerjasama swasta bawa masuk ramai pembantu guru BI dialu-alukan

Advertisement
YUSOF semasa menyampaikan ucapanya.
YUSOF semasa menyampaikan ucapanya.

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengalu-alukan kerjasama dengan syarikat swasta untuk membawa masuk lebih ramai pembantu guru Bahasa Inggeris ke negeri ini.

Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, pretasi pendidikan Bahasa Inggeris di Sabah perlu dipertingkatkan lagi dalam usaha memaju dan membangunkan negara khususnya Sabah pada masa akan datang.

“Saya berharap lebih banyak syarikat-syarikat swasta atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan tampil berkerjasama menyediakan sekurang-kurangnya 1,400 sukarelawan atau guru-guru sambilan.

"Pada ketika ini sebanyak 14 pembantu guru Bahasa Inggeris dibawa masuk oleh Kedutaan Amerika Syarikat (AS) melalui kerjasama dengan ConocoPhillips Malaysia.

"Saya juga telah bercakap dengan pegawai kedutaan AS untuk menganjurkan seminar bagi tujuan melatih guru-guru menggunakan kaedah pengajaran baharu dan pendekatan atau teknologi terkini dalam usaha meningkatkan kaedah pengajaran Bahasa Inggeris  di negeri ini," ujarnya.

Jelas Yusuf, pihaknya juga mengadakan perbincangan dengan Menteri Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menempatkan lebih ramai guru Bahasa Inggeris di Sabah.

Menurut Yusof, penguasaan Bahasa Inggeris penting kerana bahan bacaan berkaitan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) adalah dalam bahasa tersebut.

“Penguasaan bahasa Inggeris dapat memudahkan para pelajar memahami dan mendalami subjek-subjek ini agar kita ketinggalan.

KAMALA (kanan) menerangkan sesuatu kepada Yusof (tengah).
KAMALA (kanan) menerangkan sesuatu kepada Yusof (tengah).

“Kita juga mahu para pelajar untuk berfikir di luar imiginasi dan berusaha untuk mencapai imiginasi tersebut,” katanya ketika merasmikan Pameran Beyond The Moon sempena memperingati 50 tahun pendaratan Apollo 11 ke bulan di Perpustakaan Tanjung Aru dekat sini, pada Jumaat.

Pameran sama juga telah diadakan di Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu, Kedah dan akan dibawa ke Kelantan serta Kuala Lumpur.

Hadir sama pada majlis itu adalah Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Kamala Shirin Lakhdhir, Pengarah Perpustakaan Sabah Wong Vui Yin dan Presiden ConocoPhillips Malaysia David Hendicott.

Advertisement