Anda di sini

82 kanak-kanak, guru tabika hadiri Program Ceramah Pencegahan Kebakaran

Advertisement
__alt__

SERAMAI 82 kanak-kanak bersama lapan guru Tabika Perpaduan Bahagian Sarikei menghadiri Program Ceramah Pencegahan Kebakaran di Sarikei, baru-baru ini.

Aktiviti anjuran Jabatan Perpaduan Bahagian Sarikei bersama Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarikei itu diadakan di Pusat Aktiviti Jabatan Perpaduan, Jalan Perpaduan.

Kanak-kanak dan pendidik dari empat tabika terbabit  diberi penerangan berkaitan aktiviti Kelab 3K, ceramah pencegahan kebakaran dan latihan menyelamatkan diri apabila berhadapan dengan situasi kecemasan seperti kebakaran.

Sesi ceramah itu dikendalikan anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarikei, Pegawai Bomba (PB) Dingat Ngadi dan dibantu Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Haron Jenai.

Dalam latihan menyelamatkan diri, peserta diberikan pendedahan berkaitan dengan latihan berhenti, rebah dan guling.

Program itu bagi menambah pengetahuan dan pemahaman kalangan kanak-kanak dan guru-guru pentingnya pengetahuan asas berkaitan pencegahan kebakaran dan langkah menyelamatkan diri sewaktu berhadapan situasi kecemasan.

Melalui pendedahan itu mampu mengurangkan risiko mereka menghadapi bahaya semasa kebakaran kerana mereka tahu  langkah keselamatan perlu dilakukan berhadapan situasi itu.

Rata-rata kanak-kanak terlibat memberi respons positif dan kerjasama baik sepanjang program itu.

Turut hadir Setiausaha Pusat Aktiviti Jabatan Perpaduan, Bibi Nilakhrisna Bujang.

  • oleh
  • Advertisement