Anda di sini

Warganegera asing kagum kepelbagaian budaya Sarawak

Advertisement
 Festival Gawai-Raya UCTS berlangsung dengan meriah.
MERIAH: Festival Gawai-Raya UCTS berlangsung dengan meriah.

WARGANEGARA asing yang tinggal di negeri ini berasa kagum dengan kepelbagaian budaya dan keharmonian pelbagai kaum ditonjolkan pada Festival Gawai-Raya Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) yang berlangsung meriah di UCTS, di sini kelmarin.

Seorang pensyarah School of Built Environment Academic Staff @ Quantity Surveying (UCTS), Profesor Madya Dr Ahmed Mohammed Kamaruddeen, 49, berkata beliau kagum melihat keunikan sambutan perayaan di negeri ini menghimpunkan pelbagai kaum di bawah satu bumbung.

Kamaruddeen yang berasal dari Nigeria berkata, keramahan penduduk setempat juga membuatkan beliau tidak kekok bercampur dengan warga tempatan di sini seperti dalam suasana majlis tersebut.

 Azlan (dua kiri) merakam kenangan bersama pemenang baju tercantik (kanan) pada Festival Gawai-Raya UCTS.
TAHNIAH: Azlan (dua kiri) merakam kenangan bersama pemenang baju tercantik (kanan) pada Festival Gawai-Raya UCTS.

“Saya benar-benar kagum melihat bagaimana negeri dihuni oleh pelbagai kaum namun boleh saling memahami, bertoleransi dan bergaul antara satu sama lain tanpa masalah.

“Ini sangat menarik kerana keadaan sebegini dapat mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

“Lebih penting, suasana seperti ini juga mampu mengekalkan keamanan menjadi teras utama untuk pembangunan sesebuah negara,” katanya ketika ditemui pada majlis itu.

Kamaruddeen yang turut membawa keluarganya menetap di Sibu sejak Januari lalu mengakui bahawa beliau semakin selesa dan serasi dengan masyarakat setempat.

 Khairuddin melawat booth yang dibuka pada Festival Gawai Raya UCTS, kelmarin.
LAWATAN: Khairuddin melawat booth yang dibuka pada Festival Gawai Raya UCTS, kelmarin.
 Khairuddin (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima sumbangan.
DIBANTU: Khairuddin (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima sumbangan.

Katanya, rindu terhadap negaranya sendiri sedikit sebanyak terubat dek kerana layanan mesra serta keramahan rakan sekerja dan warga tempatan di sini.

“Saya yakin, keluarga saya tidak mempunyai masalah untuk tinggal lebih lama di sini,” katanya.

Sementara itu, Festival Gawai-Raya UCTS dihadiri oleh warga UCTS serta penduduk setempat yang terdiri daripada kakitangan, pelajar dan tetamu jemputan.

Majlis diserikan dengan kehadiran Naib Canselor UCTS Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid dan Timbalan Naib Canselor Profesor Madya Dr Azlan Ali.

Sebanyak tujuh buah ‘booth’ dibuka dan menghidangkan pelbagai juadah tradisional seperti lemang, ketupat, ayam pansuh, sate, rendang, kari ayam, kuih serta  biskut untuk santapan hadirin.

Pada majlis itu, seramai 20 pelajar asnaf turut diraikan apabila menerima sumbangan duit raya yang disampaikan oleh Dr Khairuddin.

  • oleh
  • Advertisement